Berita Harian

Jalan terbengkal­ai susahkan penduduk

Kontraktor didakwa gagal siapkan pembinaan baki laluan berturap

- Oleh Ramli Ibrahim

Hampir 1,000 penduduk Kampung Serian, dekat sini memohon penjelasan pihak berkuasa mengenai punca projek pembinaan jalan berturap dengan kos RM5.3 juta di Jalan Gua Musang-jeli terbengkal­ai.

Difahamkan, daripada laluan sepanjang 10 kilometer (km) itu yang sepatutnya dibina menerusi projek bermula pada 2013 itu, hanya 3.5km berjaya disiapkan.

Baki 6.5km lagi laluan bagi menghubung­kan Kampung Serian dengan Kampung Kala itu dibiarkan terbengkal­ai, sekali gus menyebabka­n jalan terbabit sukar dilalui penduduk.

Penduduk kecewa

Penduduk, Ropi Awang Senik, 50, berkata kemudahan berkenaan sangat dinantikan masyarakat kampung terbabit kerana memudahkan mereka ke bandar Gua Musang dan Jeli.

“Kami amat kecewa kerana ini pembaziran peruntukan disalurkan kerajaan untuk kemudahan rakyat. Saya berharap, pihak berkuasa berkaitan termasuk Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tampil menyiasat,” katanya.

Guna jalan lama

Sementara itu, Ali Hamid, 58, berkata penduduk terpaksa menggunaka­n jalan lama yang menghubung­kan penempatan mereka dengan Kampung Limau Kasturi, namun laluan itu juga rosak selepas banjir besar 2014.

“Projek terbengkal­ai itu sudah beberapa kali dilaporkan kepada pemimpin setempat, tetapi belum ada tindakan. Kami hairan kerajaan luluskan peruntukan yang besar bagi tujuan itu, namun projek gagal siap sehingga sekarang.

“Kami harap pihak berkuasa berkaitan dapat mencari penyelesai­an supaya penduduk tidak lagi terus dibebani masalah perhubunga­n jalan raya” katanya.

 ?? [FOTO RAMLI IBRAHIM/BH] ?? Ropi menunjukka­n jalan berturap yang terbengkal­ai menghubung­kan Kampung Serian dengan Kampung Kala.
[FOTO RAMLI IBRAHIM/BH] Ropi menunjukka­n jalan berturap yang terbengkal­ai menghubung­kan Kampung Serian dengan Kampung Kala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia