Berita Harian

Pahang agih bantuan 61 pekebun terjejas El Nino

-

Kuantan: Kerajaan Pahang mengagihka­n bantuan berjumlah keseluruha­n RM30,500 kepada 61 pekebun sayur daerah ini yang terjejas akibat fenomena El Nino, tahun lalu.

Bantuan itu sebahagian usaha kerajaan negeri membantu meringanka­n beban pekebun yang kerugian besar selepas hasil tanaman mereka seperti kacang panjang dan timun musnah ketika musim kemarau melampau itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif, berkata pengagihan bantuan dilakukan dengan kerjasama Pejabat Pertanian Kuantan.

“Kita berharap bantuan itu dapat digunakan pekebun sebagai modal awal untuk memulakan semula projek masing-masing. Bantuan ini bukti kerajaan sentiasa ambil tahu masalah dan kesukaran pekebun.

“Kita juga akan terus membantu pekebun berkenaan melalui khidmat nasihat dan bekalan benih untuk mereka memulakan semula aktiviti pertanian,” katanya berucap pada majlis penyampaia­n bantuan berkenaan, di sini semalam.

Kerugian RM80,000

Pekebun, Mohd Yusli Abdul Hamid, 32, yang membekalka­n hasil kebunnya ke Pasar Borong Selayang, Selangor dan Pasar Besar Kuantan, kerugian RM80,000 apabila kacang panjang dan timun musnah akibat fenomena berkenaan.

“Cuaca ketika itu sangat panas, kering hingga perigi serta kolam takungan sumber air untuk kebun saya juga kering. Saya memang tak tahu nak buat apa, hanya mampu lihat hasil usaha musnah, tak dapat diedarkan kepada pemborong,” katanya.

Seorang lagi pekebun, Syafiqa Ali Mohd, 27, berkata bantuan kewangan itu dapat membantu mereka menyediaka­n baja, benih dan racun untuk memulakan semula proses menanam sayuran.

 ?? [FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] ?? Shafik Fauzan menyampaik­an bantuan kepada pekebun sayur di Kuantan, semalam.
[FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] Shafik Fauzan menyampaik­an bantuan kepada pekebun sayur di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia