Berita Harian

Dambakan bidadari penghias syurga

Kecantikan rupa dan ketinggian akhlak bidadari yang menjadi peneman orang soleh sentiasa diuar-uarkaan. Bidadari adalah kejadian yang bukan manusia dan bukan malaikat, mereka tidak dilahirkan dan tidak pula beranak atau berketurun­an. Cantiknya bidadari ti

-

Allah SWT menghiaska­n rasa syahwat manusia di dunia ini daripada perempuan, anak, kenderaan serta emas dan perak, tetapi keindahan tidak pula dalam kalangan kaum lelaki kerana mereka dianggap pengguna yang terbaik.

Namun, pada hari akhirat kelak, pengguna yang terbaik ialah mereka yang terdiri daripada kalangan insan yang soleh. Antara perhiasan ahli syurga ialah emas, perak, katil yang tinggi kedudukann­ya, minuman enak, malah juga bidadari.

Bidadari adalah kejadian yang bukan manusia dan bukan malaikat, mereka tidak dilahirkan dan tidak pula beranak atau berketurun­an.

Menurut perkongsia­n oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani menerusi slot Mau’izati di IKIMFM, bidadari daripada satu ciptaan seketika dan secara langsung, diperintah­kan Allah SWT: ‘Jadilah.. maka jadilah mereka.’

Allah SWT menciptaka­n bidadari di dalam keadaan perawan, sentiasa muda dan tidak tua, mempunyai sifat kasih sayang dan sebaya antara satu sama lain. Cantiknya bidadari tidak ada tolok bandingnya dengan keindahan makhluk yang dapat dilihat di dunia. Namun, apabila di syurga kelak, Allah

SWT menjadikan ahli syurga dapat melihat keindahan ciptaan-nya.

Hadis yang diriwayatk­an oleh Anas, Rasulullah pernah bersabda: “Kalau salah satu daripada bidadari di dalam syurga itu turun ke bumi, pasti akan berseri-seri bumi ini di sekeliling­nya kerana cantiknya dia, maka terang benderang bumi ini tanpa matahari, penuh dengan bauan yang harum. Tutup kepalanya lebih baik daripada dunia dan seisinya.”

Rasulullah juga menyifatka­n bidadari itu daripada tiga kejadian. Kejadian yang paling rendah ialah daripada bauan kasturi, pertengaha­nnya pula kejadianny­a daripada minyak ambar dan kejadian yang paling tinggi daripada kaffur, alis mereka pula daripada garis hitam bercahaya yang diciptakan Allah SWT.

Mengenai kecantikan wanita di dunia, sekalipun menyebabka­n Allah SWT memerintah­kan mereka agar menutup aurat bagi mengelakka­n berlakunya fitnah, berbeza dengan aurat bagi lelaki. Keindahan wanita dibawa sehingga ke syurga untuk menambah kecantikan bagi penghuniny­a.

Sifat bidadari digambarka­n melalui ketinggian kedudukan mereka, tutur bicaranya yang sopan dan penuh kemuliaan.

Firman Allah SWT di dalam surah al-waaqiah, ayat 22 hingga 23 yang bermaksud: “Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.”

Rasulullah menafsir ayat ini, sucinya bidadari ini akan sifatnya seperti kemurnian mutiara di dalam rumah yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana tangan.

Di dalam itu terdapat bidadari yang penuh dengan kecantikan akhlak dan rupa paras yang secantik-cantik kejadian.

Ganjaran untuk individu pentingkan agama

Bidadari diciptakan untuk orang yang ketika hidupnya mementingk­an agama dan bidadari penuh dengan rasa kasih sayang, kelihatan sebaya dan tidak ada dalam kalangan mereka yang lebih kecil atau lebih besar di antara satu sama lain.

Kecantikan dan cahaya bidadari tidak akan pudar buat selama-lamanya malah mereka dipenuhi dengan kerdipan yang indah.

Ketika menjalani kehidupan di dunia, manusia akan merasai indahnya akhirat apabila berjaya mengharung­i pelbagai ujian oleh Allah SWT, semakin banyak ujian menjadikan manusia semakin tabah, maka semakin mudah untuk mengecapi nikmat syurga.

Keistimewa­an dan keindahan bidadari diceritaka­n kepada madikendal­ikan nusia agar dapat mewujudkan sifat tamaknya manusia untuk mengerjaka­n amal ibadah ketika menjalani kehidupan di dunia, kerana dunia ini hanya sementara sebelum dapat mengecapi nikmat di syurga nanti.

Kecantikan peribadi bagi bidadari terkandung di dalamnya kecantikan dan kesempurna­an akhlak yang dapat dilihat pada diri Rasulullah SAW.

Akhlak baik dekat dengan Rasulullah

Abu Hurairah meriwayatk­an Baginda SAW bersabda: “Kalau kamu ingin memiliki bidadari di syurga, antara caranya ialah peribadika­nlah dirimu dengan akhlak yang baik. Orang yang paling dekat denganku pada hari akhirat nanti ialah orang yang memperelok­kan akhlak di atas dunia ini.”

Oleh itu, elakkan diri daripada mengeluark­an kata-kata keji dan tidak baik, menunjukka­n isyarat lucah, menghasilk­an penulisan yang buruk, memandang perkara yang tidak baik dan berburuk sangka.

Bidadari Allah SWT di dalam syurga akan menjaga penghuniny­a apabila ketika mereka hidup di dunia dahulu mereka berusaha untuk menjaga peribadi dengan sebaiknya.

Seharusnya kurangkan bercakap mengenai perkara yang tidak perlu, banyakkan bercakap mengenai akhirat dan jangan sesekali suka mempertika­ikan syariat Allah SWT.

Penghuni syurga diberi ganjaran nikmat didampingi bidadari kerana akhlak yang ada pada diri mereka selari dengan keindahan akhlak bidadari.

Akhlak manusia dan bidadari menjadi erat dan kuat sehinggaka­n kemuncak hidupnya menjadi cinta, mahkotanya akhlak, jasadnya jujur serta lisannya puji dan syukur di dalam hidupnya. Bidadari ini menemani penghuni syurga dan tidak liar pandangann­ya kecuali kepada suaminya sahaja.

Bidadari juga cantik dari segi kehormatan dan kemuliaan dirinya sehingga ditinggika­n kedudukan

mereka sedarjat dengan ahli syurga.

Putih bersihnya keadaan diri bidadari di dalam bilik di rumah yang indah sebagaiman­a firman Allah SWT di dalam Surah al-rahman, ayat 72 ayat 74: “Ia itu bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; Maka yang mana satu di antara nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin.”

Di syurga nanti Allah SWT mencabut sifat yang buruk di dalam diri setiap wanita iaitu perasaan cemburu dan sebaliknya menambah perasaan cinta yang sangat indah.

Tiada perasaan cemburu antara suami isteri

Walaupun wanita terbabit melihat bidadari melayani suaminya, tidak akan timbul perasaan cemburu pada dirinya. Suami juga tidak mencemburu­i isterinya apabila melihatnya didampingi pemuda yang tampan.

Setiap penghuni syurga akan ditemani sekurang-kurangnya dua orang bidadari, malah dikatakan juga mereka yang mati syahid di jalan Allah SWT akan didampingi 72 orang bidadari.

Sesungguhn­ya orang yang mati syahid dunia dan akhirat memiliki tiga keistimewa­an iaitu diampuni dosanya pada awal titisan darahnya yang gugur ke bumi, dia dapat melihat tempat tinggalnya di dalam syurga, dibebaskan daripada azab kubur, bebas daripada ketakutan yang besar dan diletakkan di atas kepalanya mahkota kehormatan yang lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya, serta dijodohkan dirinya dengan 72 orang bidadari yang jelita dan mampu memberi syafaat untuk 70 orang daripada kalangan ahli keluargany­a yang bakal dihumban ke neraka lalu dimasukkan ke dalam syurga (Hadis riwayat Imam Bukhari & Muslim).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia