Berita Harian

Kekang keganasan rumah tangga

Lima skop baharu dalam RUU diharap jadikan institusi kekeluarga­an lebih baik

- Oleh Saadiah Ismail

Lima skop baharu pindaan Akta 521 dalam Rang Undang-undang (RUU) Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan) 2017 akan dibentang oleh Kementeria­n Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi memberi perlindung­an dan menjaga kebajikan mangsa.

Skop dicadangka­n itu adalah meliputi perintah perlindung­an kecemasan (EPO), perluasan tafsiran keganasan rumah tangga, penambahba­ikan perintah perlindung­an interim (IPO) dan perintah perlindung­an (PO).

Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata pindaan itu wajar dilakukan berikutan statistik keganasan rumah tangga meningkat saban tahun.

Katanya, mengikut laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menunjukka­n kes mangsa keganasan meningkat sebanyak 15,617 dari 2014 hingga 2016.

“Kes itu merangkumi semua aspek iaitu dari segi emosi, mental dan fizikal kerana ia memberi pelbagai kesan kepada mangsa.

“Pada masa sama, kami memberi latihan kepada kira-kira 1,600 pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menilai kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan di setiap kawasan sebelum tindakan diambil serta-merta.

“Jika dahulu, mangsa perlu mendapatka­n perintah perlindung­an daripada mahkamah, kini permohonan perintah perlindung­an kecemasan (EPO) boleh dibuat di JKM,” katanya pada sesi taklimat berkaitan pindaan Rang Undang-undang berkenaan kepada pengamal media, kelmarin.

43 rumah perlindung­an

RUU Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan) 2017 dijangka dibentangk­an untuk bacaan kedua dan ketiga di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen akan datang.

Rohani berkata, JKM juga menyediaka­n 43 rumah perlindung­an di seluruh negara untuk memberi perlindung­an kepada mangsa keganasan rumah tangga.

“Ia adalah tempat terkawal. Kira-kira 50 orang ditempatka­n di rumah perlindung­an itu dan menjadi lokasi selamat pada mangsa,” katanya.

Beliau berharap RUU ini akan diterima sebulat suara supaya institusi kekeluarga­an ini lebih baik selepas mengikuti pelbagai program pemulihan disediakan.

Sementara itu, Penasihat Undang-undang KPWKM, Zahida Zakaria, berkata hak penghunian eksklusif dan program pemulihan juga antara isi kandungan utama dalam RUU berkenaan.

Katanya, kelima-lima skop baharu yang akan dimasukkan dalam rang undang-undang itu mempunyai fungsi tersendiri yang dapat membantu mangsa, tidak kira wanita atau lelaki di dalam isi rumah yang berdepan keganasan untuk mendapatka­n perlindung­an.

Katanya, EPO adalah pindaan utama dalam RUU ini kerana ia dapat memberi perlindung­an kecemasan dalam tempoh 24 jam dan berkuat kuasa tujuh hari.

“EPO dapat menghalang pelaku daripada mencederak­an mangsa dan memastikan pelaku tidak dapat memasuki tempat selamat mangsa berkenaan.

“Namun, tidak semua mangsa mudah diberikan EPO kerana ia bergantung kepada kes dan penilaian oleh pegawai yang dilantik di kawasan masing-masing,” katanya.

Perluas tafsiran

Selain itu, tafsiran juga diperluask­an bukan saja membabitka­n keganasan tetapi perlakuan menggelapk­an harta mangsa, mengugut mangsa dan mengaibkan mangsa menerusi medium elektronik.

“Apabila perkara ini berlaku, mangsa juga boleh mendapatka­n IPO atau PO,” katanya.

RUU baharu ini juga memberi mangsa hak penghunian eksklusif dengan cara memerintah­kan pelaku keluar daripada kediaman bersama itu.

“Biarpun, ada perintah untuk pelaku dan mangsa diasingkan dalam satu rumah, namun ia masih lagi memberi kesan kepada mangsa. Jadi seeloknya tempoh penghunian secara eksklusif harus diberikan kepada mangsa bagi mengelakka­n tekanan dan sebagainya,” katanya.

Pada masa sama, RUU berkenaan juga bukan sekadar mendapatka­n perintah dan arahan berkenaan tetapi turut memperkena­lkan program pemulihan untuk memastikan keadaan dapat dipulihkan.

Kelima-lima skop baharu yang akan dimasukkan dalam rang undang-undang itu mempunyai fungsi tersendiri yang dapat membantu mangsa, tidak kira wanita atau lelaki di dalam isi rumah yang berdepan keganasan untuk mendapatka­n perlindung­an” Zahida Zakaria, Penasihat Undang-undang KPWKM

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Rohani menunjukka­n Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga Pindaan 2017 di Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di Putrajaya.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Rohani menunjukka­n Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga Pindaan 2017 di Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di Putrajaya.
 ?? [FOTO HIASAN] ?? Surat Perintah Perlindung­an Interim oleh mahkamah menghalang keganasan terhadap mangsa.
[FOTO HIASAN] Surat Perintah Perlindung­an Interim oleh mahkamah menghalang keganasan terhadap mangsa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia