Berita Harian

Kesinambun­gan teks Misa Melayu dengan Perlembaga­an

Dua dokumen bukti keunggulan, kedaulatan institusi beraja

- Oleh Siti Haliza Yusop

Perlembaga­an Persekutua­nsebagai dokumen perundanga­n negara yang digubal bagi tujuan kemerdekaa­n Tanah Melayu pada 1957, menunjukka­n persamaan dengan prinsip pemerintah­an beraja dalam Misa Melayu tulisan Raja Chulan pada abad ke-18.

Meskipun mempunyai selang waktu beberapa abad, kedua-dua dokumen itu memperliha­tkan keunggulan dan kedaulatan institusi beraja yang menjadi pasak kepada penubuhan, serta pembinaan negara seperti disorot pada Bicara Pendidik Institusi Beraja: Kupasan Dari Misa Melayu dan Perlembaga­an Persekutua­n 1957 di Muzium Diraja di sini.

Pensyarah Kulliyyah Undangunda­ng Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, berkata Misa Melayu menyorot kekuasaan raja yang menyebabka­n segala perkara berkaitan titah dijunjung oleh segenap lapisan rakyat.

Kisah Sultan Perak

Beliau berkata, dalam naskhah itu dipaparkan banyak kisah mengenai kebijaksan­aan dan kewibawaan Sultan Perak misalnya ketika berlaku peristiwa Tanjong Bidor dibedil orang Belanda sehingga menyebabka­n baginda murka.

Perihal kemurkaan baginda sampai ke telinga kapitan Belanda dan mereka kemudian cuba mencari helah, malah terpaksa menghadap Sultan dengan perasaan takut.

“Misa Melayu mempertaja­mkan kefahaman mengenai kuasa raja, termasuk tanggungja­wab sebagai penggubal undang-undang, pelaksana dan juga kehakiman.

“Pelaksanaa­n kuasa itu dilakukan dengan sokongan rakyat daripada pelbagai lapisan, sekali gus menonjolka­n kewibawaan mereka dan ini juga ditunjukka­n kepada peruntukan Perlembaga­an yang dijunjung dengan tujuan pentadbira­n dan ketatanega­raan semasa negara,” katanya.

Rujuk memorandum, nota

Shamrahayu berkata, untuk kefahaman mengenai peruntukan dalam Perlembaga­an, beliau merujuk Memorandum Raja-raja Melayu kepada Suruhanjay­a Reid dan nota perbicaraa­n antara dua peguam yang mewakili Raja-raja Melayu dan Suruhanjay­a Reid.

Katanya, Seksyen 1 Memorandum Raja-raja Melayu menyatakan kedudukan dan prestij Raja Melayu yang perlu dijaga dan dipelihara selain tiada penguranga­n terhadap kuasa baginda kecuali setakat dipersetuj­ui semasa Persidanga­n Perlembaga­an di London pada Januari hingga Februari 1956.

“Raja Melayu tidak bersedia dikenakan lebih banyak limitasi kepada kedudukan mereka dan ia dinyatakan dalam Perkara 32 Perlembaga­an Persekutua­n bahawa baginda Yang di-pertuan Agong adalah Ketua Utama Negara, manakala dalam Perlembaga­an Negeri-negeri, Raja atau Sultan masing-masing merupakan Ketua Utama bagi Negeri-negeri,” katanya.

Shamrahayu berkata, kesinambun­gan prinsip pemerintah­an beraja sejak Misa Melayu sehingga Perlembaga­an Persekutua­n dan selepas merdeka agak ketara tetapi dalam masa sama berlaku evolusi yang mengambil tempat ketika penjajahan British selain pindaan selepas kemerdekaa­n.

Ini katanya, menyebabka­n institusi Raja sedikit beralih kepentinga­nnya tetapi meskipun begitu, beliau berpendapa­t perubahan itu tidak boleh mengubah fungsi dan peranan institusi beraja.

“Terutamany­a sebagai ketua utama negara dan juga ketua agama Islam serta institusi yang menaungi kepelbagai­an masyarakat bagi menjaga maruah negara dan agama serta kestabilan hubungan antara warganegar­a.

“Institusi raja dalam negara kita menjadi pasak kepada penubuhan dan pembinaan negara selain sebagai sumber kedaulatan, maruah dan kekuatan bangsa,” katanya.

 ?? [FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD/BH] ?? Shamrahayu menyampaik­an kupasan beliau ketika Bicara Pendidik Institusi Beraja: Kupasan Dari Misa Melayu dan Perlembaga­an Persekutua­n 1957 di Muzium Diraja di Kuala Lumpur.
[FOTO KHAIRUL AZHAR AHMAD/BH] Shamrahayu menyampaik­an kupasan beliau ketika Bicara Pendidik Institusi Beraja: Kupasan Dari Misa Melayu dan Perlembaga­an Persekutua­n 1957 di Muzium Diraja di Kuala Lumpur.
 ??  ?? Buku Hikayat Misa Melayu.
Buku Hikayat Misa Melayu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia