Berita Harian

Menu, nama unik antara tarikan lariskan perniagaan

-

mengenai kejayaan seorang pengusaha mengembang­kan menu tradisi menggunaka­n trak makanan hingga memberi pulangan lumayan menunjukka­n bahawa sesuatu perniagaan boleh hasilkan keuntungan besar jika perancanga­n dilakukan dengan baik.

Sekarang bukan lagi faktor lokasi dan modal sahaja yang boleh menentukan kejayaan sesuatu perniagaan kerana ada sebab lain lagi yang mungkin lebih penting.

Satu perkara yang mungkin tidak terfikir oleh kita ialah saranan orang untuk mencuba hidangan di sesuatu lokasi hingga menjadi buah mulut masyarakat.

Inilah yang berlaku kepada peniaga muda, Siti Hajjar Ahmad, 24, yang mendapat keuntungan menjual nasi lemak selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengesyork­annya di televisyen.

Ia tentunya dibantu oleh nama yang digunakan iaitu ‘Nasi Lemak Anak Dara’ yang disebut Najib ketika membentang­kan Bajet 2017 di Parlimen, hingga dia dapat menjual hampir 1,000 bungkus nasi lemak sehari.

Nasi lemaknya mendapat tumpuan hingga turut dicuba oleh pelawak Zizan Razak dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Tak berapa lama dahulu juga dilaporkan mengenai warung Nasi Dagang Atas Tol Tepi Kubur Kuala Terengganu. Untuk mereka yang mahu bersarapan boleh menikmati nasi dagang bersama gulai ikan tongkol pedas.

Ada menyifatka­n kelazatann­ya boleh berganda dengan minum teh tarik ais buih meleleh bak ombak yang diberi nama teh tarik ais Ombak Rindu.

Idea kembangkan perniagaan

Seperti juga Nasi Lemak Anak Dara, hidangan di warung ini mengundang kehadiran pelanggan dalam kalangan penduduk tempatan, mahupun pengunjung dari luar Terengganu.

Sementara itu, jika Perdana Menteri yang menyaranka­n nasi lemak Siti Hajjar kepada orang ramai mencuba, perniagaan pengusaha trak makanan Laksa Pokok Limau, Zuraini Mohamed Johor mendapat idea mengembang­kan perniagaan menerusi saranan Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Kadir yang menjadi antara pelanggan tetap.

Ini dijelaskan oleh rakan niaga Zuraini, Muhammad Faiz Ahmad, yang menyatakan suntikan dana melalui Skim Mikrokredi­t Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan membolehka­n mereka merealisas­ikan hasrat membawa perniagaan dari Meru Raya ke ibu kota Ipoh menggunaka­n trak makanan.

Ringkasnya, perniagaan yang menggunaka­n trak makanan semakin banyak, jika dilihat di kota besar seperti Kuala Lumpur, sedikit sebanyak mungkin disebabkan trend dari luar negara.

Namun, kelarisan jualan makanannya perlu dibantu faktor lain lagi seperti menu dan nama yang unik. Sedikit sebanyak ia juga menunjukka­n bahawa orang juga sangat kreatif mencari jalan melariskan perniagaan.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Perniagaan trak makanan semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat.
[FOTO HIASAN] Perniagaan trak makanan semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia