Berita Harian

Majikan, pekerja kena pastikan tempat kerja selamat

-

Isu Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) bukanlah sesuatu yang baru di negara kita. Insiden kemalangan maut membabitka­n seorang wanita dihempap blok kren berhampira­n tapak pembinaan di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada tahun lalu menggempar­kan negara, selain kemalangan maut membabitka­n seorang pekerja yang bekerja di ruang terkurung di Ipoh pada tahun ini.

Kejadian sebegini memberi gambaran bahawa isu KKP perlu dipandang serius oleh semua pihak. Menurut statistik Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), pada 2016 sebanyak 41,005 kes kemalangan di tempat kerja dilaporkan.

Jumlah ini menunjukka­n peningkata­n berbanding pada 2015 iaitu 38,753 kes. Bagi kemalangan maut meningkat sedikit daripada 668 kes pada 2015 kepada 688 kes pada 2016.

Jumlah ini harus diberi perhatian sewajarnya kerana menurut Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO), apabila berlaku kemalangan, ianya akan memberi kesan sebanyak empat peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Usaha sepadu kerajaan, majikan dan pekerja

Sehubungan itu, Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), sebuah jabatan di bawah Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) dipertangg­ungjawabka­n bagi memastikan Keselamata­n dan Kesihatan pada pekerja di Malaysia terjamin dengan menguat kuasa dan menetapkan perundanga­n yang berkaitan.

Bagaimanap­un, misi ini tidak akan tercapai dan terlaksana jika tiada usaha bersepadu daripada pihak kerajaan, majikan dan pekerja dalam memastikan keselamata­n dan kesihatan pekerja terjamin.

Selain penguatkua­saan dan penetapan perundanga­n, hebahan dan promosi juga penting meningkatk­an tahap kesedaran orang ramai amnya dan pekerja khasnya.

Wujudkan budaya selamat, sihat

Sebagai langkah proaktif, kerajaan melalui arahan Kabinet pada 2006, mengarahka­n satu minggu yang dinamakan sebagai Minggu Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Week) disambut di seluruh Malaysia.

Sambutan ini amat penting kerana pada minggu ini pekerja akan diberi pendedahan dan diberikan maklumat terkini berkaitan KKP selain dapat menerap dan mewujudkan budaya selamat dan sihat di tempat kerja.

Pada tahun ini, minggu KKP ini disambut di seluruh negara pada 17 hingga 23 Julai 2017 dan pelbagai program dan aktiviti telah diatur dan disusun membabitka­n majikan dan pekerja dalam semua sektor pekerjaan.

Pelbagai usaha dan inisiatif boleh diwujudkan, tetapi jika majikan dan pekerja tidak cakna berkenaan isu KKP ianya tidak akan bermakna.

Justeru, pihak majikan dan pekerja digesa mengambil peluang untuk sama-sama memastikan tempat kerja mereka selamat dan sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia