Berita Harian

Helikopter bantu padam kebakaran hutan di California

-

Sebuah helikopter menjatuhka­n air ke atas kawasan kebakaran dekat Fremont Fort di Highway 49 selepas pihak berkuasa mengarahka­n kerja pemindahan susulan api Detwiler yang merebak pantas di Mariposa, California, Amerika Syarikat, kelmarin. Manakala gambar bawah, petugas bomba memantau api dari tepi jalan yang dikatakan pantas merebak.

Mariposa: Hampir 5,000 penduduk sebuah pekan kecil di kaki bukit Taman Negara Yosemite di California diarah berpindah segera berikutan kebakaran hutan yang semakin tidak terkawal.

Penduduk pekan Mariposa di kawasan pergununga­n Sierra Nevada, barat daya Yosemite, diarah berpindah selepas api dari Detwiler Fire merebak ke kawasan Lebuh Raya 140 dan dikesan semakin menghampir­i penempatan penduduk.

Sehingga kini, belum ada kes maut atau cedera dilaporkan.

Jabatan Perlindung­an Hutan dan Kebakaran California (Cal Fire) dalam laman web mereka berkata, kebakaran berterusan sepanjang malam kerana beberapa faktor, antaranya kewujudan sumber minyak dan kedudukan lereng bukit yang curam.

“Cuaca hari ini (kelmarin) diramalkan tidak menyebelah­i pasukan bomba dan api juga dijangka lebih marak,” kata laman web itu.

Potong bekalan elektrik

Sekeping foto di laman media sosial menunjukka­n kawasan sekitar pekan mula lengang, manakala cahaya berwarna jingga dan merah jambu yang timbul daripada kebakaran kelihatan jelas di kaki langit.

Situasi yang semakin berbahaya itu mendorong pihak berkuasa memotong bekalan elektrik di Mariposa selepas mendapati saluran tenaga terbabit berada dalam laluan kebakaran berkenaan.

Sumber Cal Fire berkata, mereka setakat ini hanya berjaya memadamkan lima peratus kebakaran itu, yang dikatakan bermula pada tengah hari Ahad lalu.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ??
[ FOTO REUTERS ]
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia