Berita Harian

Indonesia haramkan Hizb-ut-tahrir

Anggap kegiatan pergerakan tidak sehaluan ideologi negara

-

Kerajaan Indonesia, semalam bertindak mengharamk­an gerakan Hizb-ut-tahrir (HTI) selepas dikesan melaksanak­an aktiviti bertentang­an dengan ideologi negara itu.

Keputusan itu dibuat pihak berkaitan tanpa menghirauk­an kritikan kumpulan hak asasi manusia yang mendakwa tindakan berkenaan tidak demokratik.

Gerakan HTI yang menekankan amalan perundanga­n mengikut hukum Islam dan penyatuan ummah secara sistem khalifah sudah bertapak di Indonesia lebih 10 tahun dengan jumlah pengikut mencecah ribuan orang.

Kementeria­n Kehakiman dalam satu kenyataan berkata, pengharama­n itu bermakna kumpulan terbabit perlu dibubarkan serta-merta.

HTI bagaimanap­un menyifatka­n tindakan berkenaan sebagai satu pencabulan kuasa oleh kerajaan ke atas rakyat.

Penganiaya­an rakyat

Jurucakap gerakan terbabit, Ismail Yusanto, berkata pihaknya memutuskan untuk mencabar keputusan kerajaan itu kerana ia adalah satu penganiaya­an terhadap rakyat.

“Kami akan mencabar keputusan ini. Ia adalah bukti jelas pencabulan kuasa yang dilakukan kerajaan ke atas rakyatnya sendiri,” katanya.

Kumpulan hak asasi manusia berhaluan kanan berkata, dekri itu mengganggu pelaksanaa­n institusi demokrasi Indonesia yang selama ini berjaya ditegakkan selepas melalui pelbagai kesukaran.

Pakar perundanga­n Refly Harun berkata, ini adalah kali pertama kerajaan mengharamk­an sebuah pertubuhan tanpa melalui sebarang proses perundanga­n.

“Dekri presiden itu boleh diumpamaka­n sebuah cek kosong untuk kerajaan mengharamk­an manamana pertubuhan tanpa proses perundanga­n,” katanya.

Kami akan mencabar keputusan ini. Ia adalah bukti jelas pencabulan kuasa yang dilakukan kerajaan ke atas rakyatnya sendiri” Ismail Yusanto, Jurucakap Gerakan HTI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia