Berita Harian

Ketua tentera Perancis buat kejutan letak jawatan

-

Paris: Ketua angkatan tentera Perancis membuat kejutan, semalam apabila bertindak meletak jawatan susulan pertikaian dengan Presiden Emmanuel Macron berhubung penguranga­n belanjawan untuk pertahanan.

Perkembang­an ini dilihat sebagai krisis terbesar dihadapi pemimpin muda itu yang turut menguji kesabaran beliau.

Dalam satu kenyataan, Pierre de Villiers, 60, berkata, beliau cuba mengekalka­n angkatan tentera dalam keadaan terbaik walaupun sudah berdepan masalah kekurangan dana, namun ia tidak boleh dilakukan lagi dengan pemotongan dalam belanjawan terbaharu.

“Keadaan ini menyebabka­n saya tidak boleh menjamin pertahanan kukuh, saya percaya ia penting untuk melindungi Perancis dan pendudukny­a, hari ini dan esok selain untuk mempertaha­nkan matlamat negara kita,” katanya.

Macron bertindak pantas menggantik­an Villiers dengan melantik Jeneral Francois Lecointre, 55, untuk memenuhi kekosongan itu, kata sumber ketenteraa­n.

Tekanan kuasa besar

Pemergian askar paling kanan Perancis itu turut mencermink­an tekanan kuasa besar ketenteraa­n dunia yang kini memerangi pemberonta­kan pelampau di Afrika, bekerjasam­a dengan sekutu dalam konflik Asia Barat dan melakukan rondaan untuk membendung serangan pengganas di dalam Perancis.

De Villiers meletak jawatan susulan pertikaian panas, minggu lalu dengan Macron yang baru sahaja dua bulan memegang jawatan, ketika Perancis melakukan persediaan untuk perarakan tentera pada Hari Bastille 14 Julai dengan tetamu kehormat Macron adalah Donald Trump.

Beliau hadir dalam satu mesyuarat tertutup dengan ahli parlimen sehingga menggunaka­n katakata keras membantah tindakan Macron memotong bajet pertahanan sebanyak 850 juta euro (RM4.2 bilion) sebagai sebahagian strategi untuk mengurangk­an perbelanja­an negara.

“Saya sudah berjanji. Saya majikan kamu,” kata Macron dalam tindak balas secara terbuka terhadap De Villiers.

Macron pernah menyifatka­n peranannya sebagai penyelesai kontrovers­i harian, pada masa sama mengawal ketat kenyataan terbuka menteri dan mahukan kesetiaan penuh daripada mereka dan pegawai kerajaan lain.

 ??  ?? Pierre de Villiers
Pierre de Villiers

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia