Berita Harian

Despacito lagu paling popular di internet

Versi asal dan remix capai 4.6 bilion ‘stream’

-

Lagu berentak reggae popular, Despacito nyanyian penyanyi Puerto Rico, Luis Fonsi dinobatkan sebagai lagu paling banyak dimainkan di internet (streaming) sepanjang masa.

Syarikat penerbitan album, Universal Music Latin Entertainm­ent, berkata Despacito dalam versi asal dan remixnya mencapai sehingga 4.6 bilion

stream meliputi pelbagai platform termasuk Youtube dan Spotify.

Despacito sebuah lagu sarat dengan mesej seksual yang mengghaira­hkan menampilka­n rapper Puerto Rico, Daddy Yankee menjadi tular sebaik dilancarka­n pada Januari lalu dan terus menakluki dunia pada April lalu apabila ia turut menampilka­n selebriti pop Justin Bieber dalam versi remix.

Atasi lagu Bieber

Despacito turut mengetepik­an lagu Sorry nyanyian Bieber, yang diterbitka­n pada 2015 dengan 4.38 bilion Stream, menurut Universal.

Despacito yang bermaksud perlahan-lahan dalam bahasa Sepanyol sudah 10 minggu mengunggul­i carta nombor satu carta individu AS, lagu bahasa Sepanyol pertama menduduki tempat teratas sejak Macarena pada 1996.

“Streaming adalah penghubung buat penonton di seluruh dunia dan ia membantu menyebarka­n muzik saya ke setiap sudut planet ini,” kata Fonsi dalam satu kenyataan.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Universal Music Group, Lucian Grainge label konglomera­t terbesar di dunia itu, menyifatka­n Despacito sebagai lagu paling hit pada 2017.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia