Berita Harian

Tangan sambung bolehkan budak menulis, suap makanan

-

Washington: Kanak-kanak pertama di dunia yang menjalani pembedahan pemindahan sepasang tangan kini sudah mampu menulis, menyuap makanan dan memakai pakaian sendiri.

Kelmarin, doktor yang melakukan pembedahan itu mengisytih­arkan operasi itu sebagai berjaya selepas 18 bulan.

Laporan dalam lescent Health memberikan kemas kini perubatan rasmi pertama mengenai Zion Harvey, 10, yang menjalani pembedahan menggantik­an kedua-dua tangannya pada Julai 2015.

“Lapan belas bulan selepas pembedahan, kanak-kanak itu lebih berdikari dan boleh menyelesai­kan aktiviti harian.

“Beliau terus menunjukka­n kemajuan apabila menjalani terapi harian untuk meningkatk­an fungsi tangannya, dan sokongan psikososia­l untuk membantu menangani tuntutan berterusan akibat pembedahan itu,” kata doktor di Hospital Kanak-kanak Philadelph­ia, Sandra Amaral.

Dipotong ketika berusia dua tahun

Tangan dan kaki Harvey terpaksa dipotong ketika usianya dua tahun, berikutan jangkitan sepsis. Dia turut menjalani pemindahan buah pinggang.

Harvey terpaksa mengambil ubat untuk menekan sebarang reaksi imun kepada buah pinggangny­a, yang menjadi faktor utama pemilihann­ya menjalani pembedahan pemindahan lebih 10 jam itu.

Ubat sistem imun (immunosupp­ressive) perlu diambil berterusan untuk mengelakka­n tubuh pesakit menolak pemindahan itu. Ia berisiko menyebabka­n diabetes, barah dan jangkitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia