Berita Harian

Morata, Danilo bernilai RM497 juta

-

Madrid: Real Madrid meletakkan harga bernilai 89 juta pound (RM497 juta) ke atas sasaran utama Chelsea, Alvaro Morata dan Danilo jika berhasrat untuk mendapatka­n khidmat kedua-dua pemain berkenaan.

Penyerang, Morata yang menjadi buruan Manchester United sebelum kelab itu menandatan­gani Romelu Lukaku dari Everton kini semakin terdesak untuk meninggalk­an Real pada musim panas ini selepas gagal mendapat peluang beraksi musim lalu.

Tonggak pertahanan kanan, Danilo turut menyatakan hasrat berpindah selepas gagal menunjukka­n impak bersama juara La Liga dan Liga Juara-juara berkenaan.

Harga realistik

Walaupun Real tidak mempunyai halangan untuk melepaskan kedua-dua pemain berkenaan tetapi mereka tetap menuntut harga yang dianggap realistik.

Antonio Conte yang berminat bagi mendapatka­n Danilo perlu membayar 30 juta euro (RM148.4 juta) bagi menadatang­ani pemain pertahanan kanan itu.

Morata pula dianggarka­n bernilai 70 juta euro (RM346.2 juta) dan harga itu dilihat mampu meningkat dengan AC Milan dan Chelsea berminat mendapatka­n penyerang berkenaan.

Walaupun spekulasi mengatakan Morata semakin hampir berpindah ke Milan namun Pengarah Sukan, Massimo Mirabelli menegaskan mereka hanya akan mendapatka­n pemain itu dengan syarat mereka.

Milan dikatakan lebih memberi keutamaan untuk membawa masuk penyerang Torino, Andrea Belotti sekali gus membuka peluang kepada Chelsea mendapatka­n Morata.

 ??  ?? Neymar (dua dari kanan) dan rakan sepasukan menjalani latihan pramusim di Sant Joan Despi, Barcelona, kelmarin.
Neymar (dua dari kanan) dan rakan sepasukan menjalani latihan pramusim di Sant Joan Despi, Barcelona, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia