Berita Harian

Terma rahsia Chelsea ikat Conte

-

London: Pengurus Chelsea, Antonio Conte, menandatan­gani kontrak baharu untuk kekal membimbing kelab gergasi Liga Perdana Inggeris selama dua musim lagi.

Berita itu sekali gus menafikan dakwaan pengendali berkenaan akan meninggalk­an Stamford Bridge.

Pengesahan itu dilakukan sendiri oleh Conte, yang membantu Chelsea menjuarai liga musim lalu dan kini dalam persiapan bagi membawa anak buahnya melakukan siri jelajah pramusim di Asia.

“Saya gembira apabila menandatan­gani kontrak baharu dengan Chelsea. Kami bekerja keras dalam tahun pertama bagi mencapai sesuatu yang luar biasa dan itu membuatkan saya bangga.

“Kini, kami perlu bekerja lebih keras untuk kekal berada di atas,” kata Conte menerusi kenyataan di laman web rasmi Chelsea.

Terma rahsia

Bagaimanap­un, tiada pendedahan dibuat berhubung terma perjanjian dan nilai sebenar kontrak berkenaan.

Laporan media Inggeris menyebut, kontrak baharu itu adalah bagi melengkapk­an terma baki dua tahun kontrak terdahulu selama tiga tahun yang ditandatan­gani Conte.

Sementara itu, Pengarah Chelsea, Marina Granovskai­a, berkata kontrak berkenaan adalah ganjaran terhadap kejayaan luar biasa Chelsea di bawah kendalian Conte.

“Kontrak ini membuktika­n yang kami percaya dia mampu menghasilk­an keputusan yang baik di peringkat domestik, selain kembalinya kami dalam saingan Liga Juara-juara,” katanya.

 ??  ?? Conte
Conte

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia