Berita Harian

Sasar atasi pencapaian di Singapura

-

Kuala Lumpur: Skuad gimnastik artistik membayangk­an mereka mampu meraih lebih tiga pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bulan depan.

Pengurus pasukan, Azmi Hassan berkata, buat masa ini pihaknya belum bersedia mendedahka­n sasaran sebenar mereka kerana 'takut' dengan faktor kecederaan saat akhir yang boleh menimpa barisan gimnas.

“Tetapi saya yakin kita mampu melakar pencapaian lebih baik berbanding daripada Singapura 2015 (tiga emas).

“Malah, pemilihan atlet sudah dibuat kini hanya tinggal untuk atlet menjalani latihan fasa akhir,” katanya pada sidang media program Kita Juara 2017 di sini, semalam.

Skuad gimnastik artistik sekali lagi akan diketuai pemenang dua emas Sukan SEA Singapura 2015 Farah Ann Abdul Hadi dengan misi terarah kepada usaha mempertaha­nkan pingat emas berpasukan wanita dan individu lantai wanita.

Cepat gemuruh

Namun, apa yang menarik untuk diperkatak­an adalah penampilan sulung Nur Azira Aziri apabila jurulatihn­ya Ng Shu Wai mengakui mengambil risiko mempertaru­hkan atlet berusia 17 tahun itu.

Selain Azira, seorang lagi atlet yang menetap di Great Britain, Lavinia Michelle Raymund Jayadev juga disenaraik­an buat kali pertama sekalipun belum pernah menjalani latihan bersama rakan sepasukan yang lain.

“Skuad kali ini hasil gabungan atlet senior dan muda... Atas sebab itu saya lebih risaukan mengenai ketahanan mental berbanding kecederaan kerana takut atlet muda seperti Azira cepat gemuruh.”

Pada edisi dua tahun lalu, skuad gimnastik artistik negara membawa pulang tiga emas, tiga perak dan tiga gangsa.

Acara ini akan dipertandi­ngkan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC) bermula 20 hingga 23 Ogos nanti.

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] ?? Jonathan (kiri) antara sandaran skuad menembak negara pada KL2017.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] Jonathan (kiri) antara sandaran skuad menembak negara pada KL2017.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia