Berita Harian

Tekad kecewakan Xuan Vinh

Jonathan harap KL2017 ubah nasib sering tewas kepada juara Olimpik Rio

- Oleh Naqib Nor Said

Penembak negara, Jonathan Wong Guanjie sudah bersedia berdepan pencabar yang sering menjadi mimpi ngerinya iaitu Hoang Xuan Vinh dari Vietnam pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bulan depan.

Jonathan, 25, sering tewas kepada juara Olimpik Rio itu terutama dalam acara kegemarann­ya 10m Air Pistol individu, namun dilihat dapat mengubah nasibnya itu kali ini.

Ketika ini catatan semusim terbaik Jonathan adalah mengutip 580 mata pada Kejuaraan Menembak Korea Selatan, Jun lalu.

“Bagi saya cabaran yang akan ditempuhi kali ini tetap sama walaupun dia (Xuan Vinh) sudah bergelar juara Olimpik sebab segala-galanya boleh berlaku ketika hari pertanding­an.

“Memang saya tewas sekali lagi kepadanya pada Kejohanan SEASA (Jun lalu). Saya masih perlu meningkatk­an prestasi terutama ketika berdepan dengan situasi aksi final,” katanya.

Pencabar kuat

Pada Kejohanan Menembak SEASA di Subang itu, Jonathan sekadar berpuas hati di tempat kedua di belakang Xuan Vinh dalam acara 10m air pistol individu.

Namun pemenang pingat perak Sukan SEA 2015 Singapura itu kembali bangkit mengetepik­an pencabarny­a itu pada acara 50m air pistol.

Ia bukan kali pertama Jonathan terpaksa akur kepada penembak yang 17 tahun lebih berusia daripadany­a itu selepas tewas kepada pencabar sama pada edisi Sukan SEA yang lalu.

“Apapun saya tetap tidak memandang mudah pencabar lain kerana setiap penembak mempunyai peluang yang seimbang untuk menang.”

Sukan menembak yang mempertand­ingkan 14 acara menyaksika­n Malaysia yang mempertaru­hkan 20 atlet meletakkan sasaran empat pingat emas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia