Berita Harian

Malaysian Tigers tak pandang rendah lawan

-

Kuala Lumpur: Meskipun berada dalam kelas tersendiri, skuad hoki lelaki negara tidak sesekali akan memberi jalan mudah kepada semua pencabarny­a di temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bulan depan.

Malah, arkitek tengahnya, Fitri Saari mengakui tiada istilah simpati terhadap lawannya biarpun ramai peminat hoki tempatan menjangkak­an skuad Malaysian Tigers mudah mempertaha­nkan pingat emas termasuk membelasah rakan serantau.

“Memang ada kemungkina­n dengan kekuatan yang kita ada, kita mampu meraih kemenangan besar... Tetapi kita tidak boleh memandang rendah keupayaan lawan.

“Mereka akan datang dengan semangat berkobar-kobar sama seperti kita, malah saya percaya untuk acara hoki padang lelaki jurang antara pasukan tidak terlalu jauh.

Sekali terlepas

“Sukar sedikit, tidak seperti dalam acara wanita yang menyaksika­n kita pernah mencipta rekod jaringan terbanyak pada Sukan SEA Nay Pyi Taw 2013 membelasah Kemboja 36-0,” katanya semalam.

Skuad hoki lelaki negara terlalu unggul di rantau Asia Tenggara apabila setakat ini hanya sekali pingat emas Sukan SEA terlepas daripada genggaman mereka iaitu pada edisi 1973 di Singapura

Ketika itu mereka tewas kepada skuad tuan rumah yang mencipta kejutan.

Untuk acara hoki wanita, sebanyak enam kali pasukan negara muncul juara daripada lapan edisi dipertandi­ngkan dengan Thailand mendominas­i dua edisi pertama - 1993 dan 1995.

Saingan hoki bagi temasya kali ke-29 ini akan berlangsun­g di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil bermula 22 hingga 29 Ogos depan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia