Berita Harian

Khairul Hafiz sasar tiga emas

Pelari pecut negara belum sampai kemuncak prestasi sebenar

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Raja pecut negara, Khairul Hafiz Jantan tidak ambil peduli akan saingan bakal diberikan oleh barisan jaguh pecut Asia Tenggara menjelang Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), bulan depan.

Di atas kertas, rekod peribadi ‘The Speedy Jantan’ dilihat mampu menghadiah­kan emas dalam acara 100m apabila catatan masanya 10.18s sudah mengatasi kepantasan juara bertahan 100m iaitu 10.25s milik Eric Cray dari Filipina yang dilakar di Sukan SEA Singapura pada 2015.

Dalam acara 200m pula, Khairul Hafiz memiliki kepantasan 20.90s dan hanya kekurangan 0.01s untuk ‘mengejar’ catatan emas 20.89s milik Le Trong Hinh yang dinobatkan selaku pemenang pingat emas acara itu dua tahun lalu di Singapura.

“Apa yang saya nampak saingan hebat mungkin diberikan Eric dalam acara pecut 100m yang menjadi juara dua tahun lalu manakala 200m pula Tring Hinh (Vietnam) dan Jirapong (Meenapra) dari Thailand.

“Kalau saya menjadi tumpuan sekali pun, ini akan memberi petunjuk terbaik untuk Sukan SEA dan saya akan lakukan yang terbaik serta ikut arahan jurulatih.

Belum temui kemuncak

“Tidak semestinya jika pesaing saya dapat berlari laju, saya akan takut kerana saya sudah melakukan latihan dan jurulatih juga turut berikan keyakinan,” kata Khairul Hafiz ketika ditemui pada sidang media Program Kita Juara 2017 yang berlangsun­g di Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Mengulas lanjut, atlet berusia 19 tahun itu berkata dia masih belum menemui kemuncak prestasi ketika memecahkan rekod kebangsaan acara 200m di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

“Jurulatih ada memaklumka­n kepada saya, biarpun saya sudah mencatatka­n 20.90s, kemungkina­n saya boleh buat larian lebih pantas kerana usia masih muda.

“Namun, semalam (kelmarin) mungkin belum kemuncak prestasi saya lagi kerana sasaran sebenar adalah KL2017.

“Saya akan berikan yang terbaik dan insya-allah saya akan buat lebih lagi di KL2017 kerana saingan sengit serta beraksi di laman sendiri,” katanya yang agak gembira kerana dapat merasai trek baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum KL2017.

Dalam pada itu Khairul Hafiz memberi bayangan bahawa dia mampu membantu negara meraih 3 pingat emas iaitu dalam acara 100m, 200m dan 4x100m di KL2017.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia