Berita Harian

Khairul Hafiz boleh pergi lebih jauh: Jegathesan

‘Beliau perlu bekerja kuat, kekal fokus untuk menang acara pecut Sukan SEA, Sukan Asia’

- Oleh Mohd Khairie Khalid

Bukan setakat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), jaguh pecut negara, Khairul Hafiz Jantan mampu melangkah lebih jauh termasuk menang dalam acara pecut pada Sukan Asia Jakarta tahun depan.

Begitupun bekas pemegang rekod kebangsaan, Tan Sri Dr M Jegathesan mengingatk­an Khairul Hafiz bahawa dia perlu ‘bekerja kuat’ secara berterusan jika mahu mencapai sasaran itu.

Selepas melihat rekodnya dalam acara 200 meter selama 49 tahun dipadamkan kelmarin, Jegathesan menyifatka­n pelari muda itu mampu melangkah lebih jauh dalam dunia olahraga jika terus mengekalka­n fokusnya ketika ini.

“Tahniah dan ia satu pencapaian yang bagus kerana rekod ini sudah lama bertahan. Khairul masih muda dan boleh pergi lebih jauh serta harus berusaha untuk memenangi Sukan SEA dan Sukan Asia di Jakarta tahun depan.

“Ia satu perkara yang cukup baik dengan kemunculan pelari pecut seperti Khairul Hafiz yang mendahului selepas beberapa dekad.

“Saya gembira dengan kejayaan ini (memecahkan rekod kebangsaan),” kata Jegathesan.

Atasi catatan Watson

Percaturan Khairul Hafiz yang tidak mengambil bahagian dalam acara 100m di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin nyata berbaloi apabila meninggalk­an jauh pencabar lain.

Dia melakukan larian dengan kepantasan 20.90s, sekali gus meleburkan rekod lama kebangsaan 20.92s dilakar Jegathesan atau digelar 'The Flying Doctor' pada Sukan Olimpik Mexico 1968.

Khairul Hafiz atau lebih dikenali sebagai 'The Speedy Jantan' yang mewakili Melaka turut memperbaha­rui rekod kejohanan 20.94s yang dicatat Kento Terada di Kangar pada 1996 untuk memenangi emas acara itu.

Dia meninggalk­an dua lagi pelari kebangsaan, Jonathan Nyepa (21.29s) dan G Aravinn Thevar (21.31s).

Rekod Sukan SEA acara itu ialah 20.69s milik atlet Thailand, Reanchai Seeharwong yang dicipta di Brunei pada 10 Ogos 1999.

Atlet Vietnam, Le Trong Hinh mencatat kepantasan 20.89s ketika memenangi emas di Singapura dua tahun lalu.

Tahun lalu di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak, Khairul Hafiz turut mencuri tumpuan apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara pecut 100m dengan catatan 10.18s untuk mengatasi catatan 10.30s milik Watson Nyambek, yang bertahan selama 18 tahun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia