Berita Harian

Harimau Muda ganyang Indonesia

Skuad Kim Swee berada dalam kelas tersendiri benam anak buah Milla 3-0

- Oleh Syafiq Aznan

Skuad bawah 22 tahun (B-22) negara mudah ‘mengganyan­g’ skuad B-22 Indonesia 3-0 pada aksi pembukaan Kumpulan H Kelayakan Kejuaraan Bawah 23 Tahun (B-23) Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018 di Stadium Nasional Supachalas­ai, Bangkok, semalam.

Meskipun berdepan kekangan untuk menjalani latihan dan berdepan ‘kedegilan’ pasukan yang enggan melepaskan enam pemain, skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee berada dalam kelas tersendiri apabila menundukka­n anak buah Luis Milla yang menjalani persiapan rapi ke kejohanan itu.

Kemenangan itu sudah pasti bakal menyuntik semangat buat 22 pemain negara sebelum menjalani ujian sebenar bertemu jaguh bola sepak Asia Tenggara, Thailand pada aksi kedua, petang esok.

Keputusan ini juga boleh dilihat sebagai membalas dendam ke atas skuad Indonesia yang sebelum ini memalukan skuad Harimau Malaya ketika mereka menang 3-0 pada aksi persahabat­an yang berlangsun­g tahun lalu.

Mimpi negeri

‘Mimpi’ ngeri buat skuad B-22 Indonesia sudah bermula seawal minit ketiga apabila penyerang muda Kedah, Syafiq Ahmad meledak gol pertama menerusi penyudah kemas menewaskan penjaga gol lawan, Satria Tama Hardiyanto.

Penyerang Pulau Pinang, Mohd Jafri Firdaus Chew yang mensia-siakan banyak peluang pada aksi persahabat­an bertemu skuad B-22 Myanmar menebus dirinya apabila meledak gol kedua menerusi tandukan untuk melebarkan jurang pada minit ke-20.

Ketika Indonesia cuba untuk mengatur gerakan memburu gol, Malaysia sekali lagi memberi tamparan kepada lawan apabila tandukan N Thanabalan menerjah gawang pada minit ke-30 untuk Malaysia selesa dengan 3-0 selepas setengah jam perlawanan.

Babak kedua bersambung, Malaysia mula mengendurk­an asakan dan situasi ini memberi peluang untuk Indonesia melancarka­n gerakan dan beberapa percubaan dilakukan, namun ketangkasa­n Mohd Ifwat Akmal Che Kassim membuatkan barisan serangan Indonesia terus buntu untuk merobek gawang skuad negara.

Tindakan pemain Indonesia, Asnawi Mangkualam yang melakukan terjahan keras ke atas Syazwan Andik membawa padah apabila dia dilayangka­n kad merah pada minit ke-68 sekali gus menjejaska­n hasrat Indonesia untuk bangkit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia