Berita Harian

Maniam puas hati aksi pemain simpanan

-

Kuala Lumpur: Pengendali Selangor, P Maniam, menghambur­kan pujian kepada aksi cemerlang beberapa pemain simpanan yang membantu skuad The Red Giants membenam Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-2 pada aksi Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, kelmarin.

Beberapa pemain simpanan seperti A Namathevan, Abdul Halim Zainal, Fairuz Abdul Aziz dan Raimi Md Nor yang diturunkan menunjukka­n persembaha­n meyakinkan dengan Fairuz turut mencetak nama selaku penjaring gol pertama Selangor pada aksi terbabit.

“Saya berpuas hati dengan aksi pemain simpanan yang diturunkan pada perlawanan malam ini (kelmarin) dan kredit perlu diberikan kerana mereka memperagak­an persembaha­n yang begitu baik.

Kekal fokus

“Meskipun jarang diturunkan, mereka nyata memanfaatk­an peluang yang diberikan. Saya dapat melihat mereka tidak berhenti berlari dan ini menunjukka­n betapa mereka kekal fokus.

“Tidak lupa juga kepada penyokong yang hadir ke stadium untuk memberi sokongan. Sokongan yang diberikan memberi motivasi dan membakar semangat pemain untuk memberikan aksi yang terbaik,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Pada aksi terbabit, Selangor mendahului 2-0 menerusi dua jaringan pantas, namun JDT kembali bangkit untuk mengikat kedudukan hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-55 dan Darren Lok pada minit ke-68 sebelum Amri Yahyah meledak gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-89.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia