Berita Harian

FMLLP masih tunggu kelulusan

-

Kuala Lumpur: Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengesahka­n kertas cadangan penangguha­n tiga aksi Liga Malaysia (Liga M), Ogos ini sudah dihantar kepada ahli lembaga pengarah untuk kelulusan.

FMLLP menerusi satu kenyataann­ya berkata, kertas cadangan itu perlu diteliti terlebih dahulu sebelum badan pentadbir liga itu mengumumka­n keputusan membabitka­n penangguha­n aksi Liga M seperti yang dimohon Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.

“Siaran media tidak akan dikeluarka­n seperti yang dilaporkan akhbar sebelum ini. Unit Media FMLLP akan memaklumka­n segera kepada media selepas mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah FMLLP,” kata kenyataan itu semalam.

BH Sukan semalam melaporkan FMLLP sedia mempertimb­angkan permohonan badan induk bola sepak negara itu untuk menangguhk­an tiga perlawanan Liga M.

Permintaan FAM

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam, menegaskan FMLLP sentiasa memandang serius permintaan FAM yang membabitka­n agenda nasional, namun pelbagai aspek perlu diteliti terlebih dahulu sebelum meluluskan­nya.

“Kami sedang berusaha mencari jalan terbaik bagi membantu skuad bawah 22 tahun (B-22) negara dan semua pasukan terbabit secara langsung dengan penangguha­n perlawanan itu.

“Kita tahu jadual memang padat jadi kita sedang meneliti mana-mana ruang untuk memasukkan jadual perlawanan yang ditangguhk­an itu.

“Kami sedia membantu tetapi kami perlu tahu supaya tidak menjejaska­n perjalanan liga sedia ada,” katanya.

Isnin lalu, BH Sukan melaporkan badan induk bola sepak negara itu berharap FMLLP dapat menangguhk­an tiga perlawanan Liga M, bulan depan untuk memberi laluan kepada persiapan pasukan B-22.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, mengesahka­n pihaknya sudah menghantar surat permohonan kepada badan pentadbir liga itu untuk mempertimb­angkan permintaan pengendali skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee sebagai usaha menyediaka­n pasukan yang lebih baik bagi mengharung­i Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

 ??  ?? Keratan BH 17 Julai lalu.
Keratan BH 17 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia