Berita Harian

UITM FC dakwa pengadil salah beri penalti

- Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Jurulatih UITM FC, Wan Mustaffa Wan Ismail mahu membuat aduan rasmi berhubung keputusan pengadil yang kurang tepat ketika aksi Piala Malaysia antara pasukannya dan Melaka United (MU) di Stadium Hang Jebat, malam kelmarin.

Beliau berkata, tindakan pengadil perlawanan memberi sepakan percuma kepada pasukan tuan rumah berikutan didakwa terkena tangan sebenarnya hanya terkena paha salah seorang pemainnya.

Katanya, sepakan percuma pada babak kedua terbabit ketika kedudukan masih terikat 1-1 membolehka­n MU mencipta jaringan kedua menerusi Felipe de Souza meletakkan skuad tuan rumah meraih kemenangan tipis 2-1 menewaskan UITM FC.

“Kami akan membuat bantahan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkaitan isu berkenaan.

“Setakat ini dua perlawanan membabitka­n UITM FC atas kesilapan pengadil termasuk pada aksi Liga Perdana, kami akan bawa ke pengetahua­n FAM secara rasmi,” katanya.

Elak berulang

Menurutnya, tindakan sudah diambil FAM ke atas kesalahan dua pengadil terbabit, sambil mengharapk­an ia tidak lagi berlaku ke atas skuad terbabit atau mana-mana pasukan.

Beliau berkata, UITM FC akan meneliti video perlawanan sebelum disertakan dengan bukti berkaitan bantahan ketika aksi berdepan skuad Hang Tuah terbabit.

Pada perlawanan berkenaan dua gol Felipe de Souza pada minit ke-22 dan minit-64 menyaksika­n MU meraih tiga mata dengan jaringan sagu hati Lion Troops dicetak Akanni Sunday Wasiu pada minit ke-45 perlawanan.

 ?? [ FOTO MUHAMMAD HATIM AB MANAN / BH ] ?? Pemain Melaka United, Jasmin Mecinivikj
(dua dari kiri) dan pemain UITM FC, Onoriode Kughegbe (tengah kiri) merebut bola di udara pada aksi Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, kelmarin.
[ FOTO MUHAMMAD HATIM AB MANAN / BH ] Pemain Melaka United, Jasmin Mecinivikj (dua dari kiri) dan pemain UITM FC, Onoriode Kughegbe (tengah kiri) merebut bola di udara pada aksi Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia