Berita Harian

Morais akur kesilapan pemain

Jurulatih JDT tuntut anak buah kembali fokus selepas tewas kepada Selangor

- Oleh Syafiq Aznan

Kesilapan yang dilakukan barisan pemain sehingga menghadiah­kan dua gol buat Selangor pada babak pertama menyebabka­n Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa pulang dengan tangan kosong selepas tunduk 3-2 di tangan Selangor pada aksi Piala Malaysia, kelmarin.

Malah, meskipun berjaya memperagak­an kebangkita­n menakjubka­n untuk mengikat kedudukan 2-2, namun mereka sekali lagi dihukum apabila dibolosi menerusi sepakan penalti pada minit akhir sekali gus membolehka­n The Red Giants meraih mata penuh untuk merampas kedudukan JDT selaku pendahulu Kumpulan D.

Bagaimanap­un, pengendali Harimau Selatan, Ulisses Morais enggan menangisi kekalahan sebaliknya menuntut anak buahnya untuk kembali fokus supaya dapat memperagak­an aksi lebih baik pada perlawanan seterusnya.

“Kami melakukan kesilapan pada babak pertama dan itu membolehka­n Selangor mendahului 2-0 selain kita turut bergelut apabila tidak mencipta banyak peluang untuk menambah jaringan walaupun kerap mengasak kubu pertahanan lawan.

Amri pemusnah

“Kami beraksi lebih baik pada babak kedua seperti kebiasaan namun kami gagal menyudahka­n beberapa peluang untuk menambah jaringan. Apapun, kesilapan sebegini sememangny­a lumrah dalam bola sepak.

“Apapun, menang kalah adalah adat pertanding­an. Tahniah kepada pasukan Selangor dan juga kepada pemain saya yang menunjukka­n kesungguha­n pada babak kedua. Kita perlu segera memandang ke hadapan,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan, kelmarin.

Pada aksi di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang itu, JDT turun sebagai pendahulu Kumpulan D dan menggunaka­n barisan kedua dikejutkan dengan dua jaringan pantas Selangor dalam tempoh dua minit menerusi Fairuz Abdul Aziz dan Amri Yahyah namun kemasukan dua penyerang import, Gonzalo Cabrera dan Gabriel Guerra menyuntik inspirasi buat JDT apabila mereka mengikat kedudukan 2-2 pada babak kedua.

Namun, kesilapan Aidil Zafuan Abd Radzak yang memberikan sepakan penalti buat Selangor pada minit ke-89 membuatkan pelawat berputih mata apabila Amri yang juga bekas penggempur pasukan itu mudah menyempurn­akannya untuk gol kemenangan Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia