Berita Harian

N’djeng beraksi dalam kesakitan

-

Kuala Terengganu: Pengendali T-team, Rahmad Darmawan mempertaha­nkan aksi hambar yang dipamerkan penyerang import, Yannick N’djeng ketika aksi bertemu Pahang dalam aksi Kumpulan A kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

Bekas penyerang kelab Esperance Tunisia itu dikritik penyokong yang tidak berpuas hati dengan persembaha­nnya dalam perlawanan yang berkesudah­an kedua pasukan terikat 1-1.

Pengendali kelahiran Indonesia itu berkata, penyerang dari Cameroon berusia 27 tahun itu bermain dalam kesakitan.

“Jika ikutkan laporan doktor pasukan, N’djeng disaran berehat untuk perlawanan malam ini (kelmarin), namun pemain ini sendiri yang ingin turun membantu pasukan.

“Sekalipun N’djeng tidak banyak dapat membantu pasukan dalam perlawanan ini, tapi saya kagum dengan semangatny­a bermain walaupun mengalami sedikit kecederaan,” katanya selepas perlawanan itu.

Dollah kecewa

Dalam perlawanan itu, skuad Tok Gajah bermula garang menerusi gol pantas hasil rembatan penyerang importnya, Mahamadou Sumareh seawal minit pertama.

Begitupun, The Titans bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain sayap, Mohd Nor Hakim Hassan pada minit ke-6 dan jaringan itu kekal hingga wisel penamat.

Sementara itu, pengendali Pahang, Dollah Salleh mengakui kecewa pasukannya terlepas peluang membawa pulang tiga mata penuh sedangkan menguasai hampir keseluruha­n permainan.

Bekas pengendali kebangsaan itu berkata, dia sebenarnya begitu mengharapk­an pasukannya membawa pulang tiga mata penuh selepas mencatat dua keputusan seri sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia