Berita Harian

Zahasmi teruja, Nidzam hampa

Kelantan pamer corak sebenar ketika tundukkan Kedah

- Oleh Hasbullah Ibrahim

Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail menyifatka­n aksi yang ditunjukka­n pasukannya ketika menewaskan Kedah 3-1, malam kelmarin adalah wajah sebenar ditampilka­n The Red Warriors (TRW).

Zahasmi berkata, kemenangan itu bakal menjadi suntikan semangat untuk mencipta kejayaan dalam tiga lagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

“Hari ini (malam kelmarin) kita melihat beberapa pemain import dan tempatan seperti Abou Bakr Al Mel, Alessandro Padovani Celin, Margaro Lima Gomis dan Indra Putra Mahayuddin beraksi dengan baik.

“Bukan tugas mudah mahu menjinakka­n Kedah yang tampil dengan corak permainan yang lebih tersusun, namun hasil beberapa kesilapan mudah pihak lawan kita lihat jentera serangan kita mampu menjaringk­an tiga gol.

“Kita juga akui banyak peluang yang terhidang di depan gol dinafikan barisan depan, namun sasaran kita untuk mendapatka­n tiga mata berharga di laman sendiri akhirnya menjadi kenyataan," katanya.

Bantuan pemain import

Mengulas prestasi penyerang kelahiran Brazil, Zahasmi mengakui Celin banyak membantu membuka ruang untuk rakan sepasukan menjaringk­an gol terutama Abou Bakr dan Gomis yang bebas bergerak untuk mengancam gawang gol Kedah.

“Saya harap pemain mampu mengekalka­n corak permainan seperti ini bagi pada perlawanan akan datang,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff berkata, faktor keletihan selepas mengharung­i enam perlawanan padat menjadi punca utama skuad bimbingann­ya tewas.

“Secara keseluruha­n, saya tidak berpuas hati dengan aksi dipamerkan pemain yang tampak keletihan dan mendorong mereka melakukan kesilapan mudah yang pantas dihukum pasukan tuan rumah.

“Namun, saya berpuas hati dengan corak persembaha­n dan kawalan permainan yang ditunjukka­n Liridon dan Sandro walaupun gagal menghasilk­an banyak peluang gol.

“Faktor ketiadaan beberapa tonggak untuk menggantik­an pemain termasuk enam pemain muda yang tidak dapat beraksi kerana menyertai skuad bawah 22 tahun (B-22) negara memberi kesan kepada prestasi Kedah malam ini (kelmarin).

 ??  ?? Pemain Kelantan, Mamadou Danso bersaing dengan pemain Kedah, Mohd Fitri Omar pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.
Pemain Kelantan, Mamadou Danso bersaing dengan pemain Kedah, Mohd Fitri Omar pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia