Berita Harian

DISISIH LAGI

City pinjam Hart ke West Ham pula

-

̌

Teka-teki mengenai masa depan Joe Hart akhirnya terjawab apabila penjaga gol Manchester City ini sekali lagi dipinggirk­an untuk musim 2017/2018 dan dipinjamka­n ke West Ham United.

Musim lalu, pemain berusia 30 tahun itu menghabisk­an kerjayanya musim lalu dengan beraksi secara pinjaman di kelab Itali, Torino selepas Pep Guardiola mengambil alih tugas sebagai pengurus City pada musim panas lalu.

Ketika itu, Hart dimaklumka­n dia tiada dalam perancanga­n pengendali dari Sepanyol berkenaan.

Kongsi bayar gaji

Difahamkan, skuad The Hammers membayar yuran pinjaman sebanyak 4.5 juta pound (RM25.1 juta) untuk mendapatka­n Hart dan perjanjian itu tidak termasuk pilihan membeli semula pada hujung musim 2017/2018.

City turut bersetuju untuk berkongsi membayar gaji Hart yang mempunyai 71 kap beraksi bersama England.

“Ia penting untuk saya bermain bola sepak dan mendapat peluang untuk datang ke sini, ia sesuatu yang menakjubka­n. Bermain dalam saingan Liga Perdana Inggeris untuk kelab besar seperti West Ham, saya sangat teruja,” kata Hart.

Keputusan mudah

“Kami sudah berpindah ke Stadium London dan kami memiliki Slaven Bilic sebagai pengurus. Dia melaksanak­an tugasnya dengan baik bersama Croatia dan dia juga melakukan tugasnya di sini.

“Jadi mendapat peluang untuk datang ke sini, ia bukan keputusan yang sukar untuk saya,” kata Hart yang lebih gemar beraksi di saingan Liga Perdana Inggeris.

Bekas pemain Shrewsbury Town itu dijangka menyertai rakan sepasukann­ya yang baharu pada siri jelajah pra musim di Austria.

 ??  ??
 ??  ?? Hart
Hart
 ??  ?? Guardiola
Guardiola

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia