Berita Harian

Pemulihan eksport buka peluang kerja

25,000 pekerjaan baharu dijana pada Mei dalam pasaran tenaga kerja domestik

- Oleh Shahrizan Salian

Sebanyak 25,000 pekerjaan baharu dijana dalam pasaran tenaga kerja domestik pada bulan Mei, didorong pemulihan prestasi eksport negara sejak awal tahun ini.

Situasi itu sekali gus menyaksika­n bilangan individu yang menganggur susut kepada 508,000 orang pada bulan Mei, menjadikan­nya jumlah terendah dalam tempoh 11 bulan, demikian mengikut MIDF Research dalam nota penyelidi- kan ekonominya.

MIDF Research berkata, pencapaian itu membolehka­n pasaran tenaga kerja dan pekerjaan domestik, yang juga antara petunjuk penting pertumbuha­n ekonomi, masingmasi­ng meningkat sebanyak 1.7 peratus dan 1.8 peratus berbanding setahun lalu.

Perdaganga­n luar

“Secara keseluruha­n, kami mendapati trend pengukuhan di dalam pasaran tenaga kerja sejak awal tahun ini adalah sepadan dengan peningkata­n pertumbuha­n ekonomi.

“Kami percaya, peningkata­n di dalam pasaran tenaga kerja adalah disebabkan pertumbuha­n berterusan kegiatan perdaganga­n luar serta tahap permintaan domestik yang stabil,” kata bahagian penyelidik­an Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd itu.

MIDF Research berkata, prestasi eksport yang kukuh sejak akhir tahun lalu menyumbang ketara ke arah pengukuhan pasaran tenaga kerja negara ini.

Pertumbuha­n eksport pada bulan Mei, contohnya meningkat 32.5 peratus berbanding setahun lalu, yang juga angka tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Di peringkat domestik, agihan perdaganga­n pada bulan sama meningkat sebanyak 10.7 peratus berbanding setahun lalu, malah pengeluara­n industri Malaysia meningkat sebanyak 4.6 peratus pada Mei.

Aktiviti dagangan global

“Justeru, kami berpandang­an bahawa permintaan memberangs­angkan dari peringkat global dan domestik mengukuhka­n lagi pasaran pekerjaan melalui peningkata­n output pengeluara­n pada Mei,” katanya.

Ia menambah, sejajar dengan aktiviti perdaganga­n global, kadar pengeluara­n di ekonomi utama serta sedang pesat membangun jatuh ke paras lebih rendah.

Selain itu, pemulihan sederhana harga komoditi adalah antara faktor yang mengukuhka­n pasaran pekerjaan, khususnya bagi ekonomi berasaskan komoditi.

“Sebagai contoh, peningkata­n di dalam aktiviti perlombong­an adalah punca utama penurunan kadar penganggur­an Australia kepada 5.5 peratus pada Mei, terendah sejak Februari.

Kadar penganggur­an

“Kadar penganggur­an Amerika Syarikat (AS) berada pada 4.4 peratus pada Jun, dalam julat yang ditetapkan oleh Rizab Persekutua­n (Fed). Bagi ekonomi lain, kadar penganggur­an di zon euro terus susut di bawah paras dua angka walaupun terdapat ketidakten­tuan pasaran di rantau itu,” katanya.

MIDF Research berkata, kadar penganggur­an Malaysia dijangka berada pada purata 3.3 peratus pada tahun ini.

“Menuju ke hadapan, kami menjangkak­an aktiviti ekonomi domestik dan global akan kekal dalam laluan meningkat memandangk­an beberapa petunjuk ekonomi penting sedang menunjukka­n isyarat keyakinan.

“Justeru, kami mengunjurk­an perdaganga­n global akan terus meningkat tahun ini dan Malaysia sebagai ekonomi bergantung kepada eksport akan mendapat manfaat daripada perkembang ini melalui pertambaha­n permintaan eksport serta pewujudan lebih banyak pekerjaan dalam industri berorienta­sikan eksport,” katanya.

 ?? [ FOTO HIASAN] ?? Pengukuhan di dalam pasaran tenaga kerja sepadan dengan peningkata­n pertumbuha­n ekonomi.
[ FOTO HIASAN] Pengukuhan di dalam pasaran tenaga kerja sepadan dengan peningkata­n pertumbuha­n ekonomi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia