Berita Harian

BANK RAKYAT

Perluas perkhidmat­an pendeposit SSPN-I

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini

Pendeposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I) kini dapat berurusan di 996 rangkaian mesin autoteler (ATM), mesin deposit tunai (CDM) dan khidmat cash-in and cash-out (CICO) Bank Rakyat di seluruh negara tanpa perlu melalui kaunter Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n baru-baru ini, Bank Rakyat berkata kerjasama itu menjadikan bank berkenaan sebagai yang pertama menawarkan perkhidmat­an SSPN-I secara elektronik di ATM, CDM dan CICO.

Katanya, menerusi kemudahan berkenaan, pelanggan SSPN-I boleh menyemak baki, membuat pengeluara­n dan deposit tunai serta pindahan wang.

“Sebelum ini, urusan sema- kan wang simpanan hanya boleh dibuat di kaunter PTPTN dan Bank Rakyat.

Tanpa perlu ke kaunter

“Perkhidmat­an terbaharu yang lebih praktikal ini membolehka­n pelanggan melakukan transaksi tanpa perlu ke kaunter dengan hanya menggunaka­n Kad-i Bank Rakyat di ATM, CDM dan CICO berhampira­n dan waktu urus niaga pula boleh dilakukan dari pukul 6 pagi hingga 12 malam,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Pendeposit SSPN-I boleh menghubung­i saluran rasmi Bank Rakyat seperti Pusat Panggilan tele-rakyat di talian 1-300-80-5454, laman sesawang korporat www.bankrakyat. com.my dan Facebook di facebook.com/mybankraky­at, twitter.com/mybankraky­at atau di Instagram, instagram. COM/MYBANKRAKY­AT untuk maklumat lanjut.

Sementara itu, dalam perkembang­an berkaitan, Bank Rakyat menasihatk­an mahasiswa supaya menuntut KADS1M Debit-i yang mereka pohon.

Katanya, seramai 814,788 mahasiswa telah dimaklumka­n melalui emel untuk mengambil kad itu di cawangan yang dipilih semasa permohonan dibuat.

Tuntut segera

“Daripada jumlah itu, sebanyak 499,933 penerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) melalui KADS1M Debit-i masih belum menuntut kad berkenaan di cawangan bank.

“Mereka dinasihatk­an untuk berbuat demikian sebelum 30 September ini. Bagi memudahkan pelajar mengambil kad berkenaan, Bank Rakyat juga turut melanjutka­n waktu operasinya sehingga jam 8.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat di semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia