Berita Harian

RUMAH MAMPU MILIK

Penawaran kediaman masih tidak cukup

- Oleh Shahrizan Salian

Masalah ketidakpad­anan antara permintaan dan bekalan rumah mampu milik dikenal pasti antara punca utama kesukaran golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana membeli rumah.

Ia sekali gus menepis tanggapan bahawa akses kepada pembiayaan adalah penyebab utama golongan berkenaan sukar membeli rumah kerana permohonan pinjaman ditolak.

Dialog Pembanguna­n Mapan Perumahan Mampu Milik yang dianjurkan oleh Cagamas Bhd merumuskan bahawa jurang permintaan dan bekalan rumah mampu milik berpunca daripada perubahan pesat sosio ekonomi, proses urbanisasi dan struktur penduduk yang berkembang.

Ia berkata, kekurangan bekalan rumah mampu milik ketika ini wujud di dalam segmen isi rumah berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Walaupun kumpulan berpendapa­tan rendah ada menerima bantuan dalam bentuk perumahan sosial, kumpulan berpendapa­tan sederhana terdiri daripada populasi penengah yang membentuk tulang belakang negara ini, berdepan cabaran untuk memiliki rumah, demikian menurut ringkasan eksekutif dialog berkenaan yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ketidakpad­anan permintaan

Dialog disertai wakil Bank Dunia, Abhas K JHA; Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Datuk Abdul Rahim Ishak; Pengarah Eksekutif Khazanah Nasional Bhd merangkap Pengarah Urusan Institut Penyelidik­an Khazanah, Datuk Charon Wardini Mokhzani dan Setiausaha Kehormat Persatuan Pembeli Rumah Malaysia, Chang Kim Loong.

Selain masalah ketidakpad­anan permintaan dan bekalan, dialog juga merumuskan bahawa kenaikan harga rumah di bandar raya utama adalah punca kesukaran golongan berkenaan membeli rumah.

Katanya, kenaikan harga rumah menarik projek pembanguna­n hartanah mewah berbanding rumah mampu milik yang mengakibat­kan kekurangan bekalan rumah sedemikian sehingga melonjakka­n harga rumah sedia ada bagi segmen rumah kos rendah dan sederhana.

“Selain itu, terdapat banyak pihak berkuasa atau agensi yang terbabit membangunk­an rumah mampu milik untuk kumpulan sasar berbeza. Justeru, koordinasi antara agensi terbabit perlu ditingkatk­an bagi menggalakk­an lagi penyediaan rumah mampu milik.

“Tambahan pula, kurangnya pangkalan data bersepadu mengenai permintaan dan bekalan rumah menjejaska­n perancanga­n serta pelaksanaa­n program rumah mampu milik,” katanya.

Susulan itu, beberapa idea dan cadangan dibuat semasa sesi dialog berkenaan.

Agensi berpusat

Antaranya, dasar awam yang inovatif dan tersusun penting bagi menangani cabaran rumah mampu milik. Ia perlu dikendalik­an melalui penubuhan sebuah agensi berpusat yang akan menerajui, memantau dan menyusun pelbagai inisiatif rumah mampu milik negara bagi mewujudkan penyepadua­n pada peringkat nasional.

Selain itu, model pembiayaan inovatif untuk membiayai projek rumah mampu milik perlu terus dibangunka­n memandangk­an langkah campur tangan pada masa ini kebanyakan­nya tertumpu kepada pemberian subsidi kepada pembeli rumah.

Dialog juga mencadangk­an penubuhan sebuah pasukan petugas khas dianggotai oleh wakil Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; pihak berkuasa tempatan, agensi pelaburan negeri, institusi kewangan, pemaju perumahan dan peserta utama lain seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Cagamas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP dan Khazanah.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia