Berita Harian

Honda CR-V baharu laris

Capai sasaran jualan dua bulan dalam tempoh hanya seminggu

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Model baharu Honda CR-V baharu yang dilancarka­n Rabu lalu membuktika­n penguasaan­nya dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) apabila mencapai sasaran jualan dua bulannya dalam tempoh hanya seminggu.

Pada pelancaran generasi kelima CR-V pada 12 Julai lalu, Honda Malaysia menetapkan sasaran jualan sebulan sebanyak 700 unit.

Honda Malaysia berkata, daripada empat varian yang diperkenal­kan untuk CR-V, varian 1.5L Turbocharg­ed Premium 2WD adalah paling popular, mewakili 40 peratus tempahan, diikuti oleh 1.5L Turbocharg­ed 2WD pada 31 peratus.

Secara keseluruha­n, tempahan bagi varian turbo berada pada paras yang dijangkaka­n 80 peratus, sementara varian bukan turbo pada paras 20 peratus.

Terima enjin turbo

“Nisbah ini menunjukka­n rakyat Malaysia lebih mudah menerima enjin turbo, sejajar dengan corak aliran yang dicatatkan bagi model Civic, serta kematangan pasaran Malaysia yang lebih menghargai teknologi maju,” kata Honda Malaysia dalam satu kenyataan, semalam.

Warna Lunar Silver Metallic adalah warga paling digemari, dipilih oleh lebih 30 peratus pemilik baharu CR-V generasi kelima itu.

Warna baharu White Orchid Pearl juga popular, dengan mewakili 27 peratus tempahan.

CR-V baharu juga dilancarka­n serentak di Kuala Lumpur dan Kuching, Sarawak.

Ia menjadi satu peluang bagi Honda Malaysia untuk memperluas­kan penguasaan pasarannya di Sabah dan Sarawak.

Varian 1.5L Turbocharg­ed Premium 2WD mendapat sambutan memberangs­angkan oleh penduduk Sarawak dan Sabah, dengan jualan bagi varian itu adalah sebanyak 38 peratus.

Kemajuan powertrain, sistem 4WD dan ciri-ciri keselamata­n tambahan menyumbang kepada peralihan minat belian di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak.

Pelancaran di Kuching adalah kali kedua bagi Honda Malaysia membuat acara pelancaran di Sabah dan Sarawak secara serentak dengan pelancaran di Kuala Lumpur, dengan yang pertama adalah pelancaran BR-V.

Pelancaran BR-V pada Januari tahun ini membuka jalan penerimaan yang kukuh terhadap kenderaan Honda di Sabah dan Sarawak,

sekali gus membantu melonjakka­n sumbangan jualan dari wilayah itu kepada 10 peratus pada separuh pertama 2017.

Ketika ini, jualan di Sabah dan Sarawak adalah lebih 3,500 unit, mewakili 6.6 peratus jumlah jualan bagi separuh pertama 2017.

Pertumbuha­n dari tahun ke tahun pula sekitar 48 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Honda Malaysia menegaskan meskipun permintaan yang tinggi CR-V, pengeluar kereta terkemuka Jepun itu akan bekerja keras bagi memastikan tempoh menunggu bagi pelanggan kekal dalam tempoh standard satu hingga dua bulan, tanpa kompromi kualiti.

 ??  ?? CR-V baharu didatangka­n dengan lima pilihan warna.
CR-V baharu didatangka­n dengan lima pilihan warna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia