Berita Harian

Peranti Atilze Connected Car masuk pasaran Malaysia

-

Atilze Digital Sdn Bhd bekerjasam­a dengan U Mobile Sdn Bhd bagi menawarkan penyelesai­an sambungan pintar kenderaan menerusi peranti Atilze Connected Car di negara ini.

Susulan itu, Atilze yang juga anak syarikat milik penuh G3 Global Bhd memeterai perjanjian kerjasama dengan U Mobile sebagai penyedia sambungan mudah alih 3G dan 4G LTE bagi Atilze Connected Car.

Ketua Pegawai Eksekutif Atilze, Gerard Lim, berkata Atilze Connected Car menyediaka­n pelbagai data berguna untuk pemandu termasuk diagnostik masa sebenar, jangkaan penyelengg­araan, pengurusan dan pemantauan kenderaan generasi baharu dan analisis corak pemanduan.

Bahkan, katanya, aplikasiny­a diperluas dengan keupayaan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), Wifi dan Infotainme­nt dalam kenderaan, selain merangkumi keupayaan e-dagang dan insurans berasaskan pengguna (UBI).

“Semua aplikasi ini akan mengoptimu­mkan penggunaan kenderaan, penyelengg­araan, kepuasan pengguna, keselamata­n, dan pengalaman pemanduan yang lebih baik untuk pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.

“Peranti pintar OBDII Atilze pada dashboard kereta memiliki pelbagai penderia yang terhubung untuk mengumpul data secara terus menerus sebelum dihantar ke Atilze Cloud Platform menerusi rangkaian U Mobile,” katanya pada majlis memeterai perjanjian Atilze Connected Car di Putrajaya, semalam.

Beliau sebelum itu memeterai perjanjian kerjasama itu bagi pihak Atilze; manakala U Mobile diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Wong Heang Tuck. Turut hadir menyaksika­n majlis itu adalah Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Tinjau pelan mudah alih

Sementara itu, Wong berkata, selain menjadi rakan sambungan rangkaiann­ya, U Mobile turut meninjau untuk membina penyelesai­an Atilze Connected Car sebagai salah satu pelan mudah alih untuk pelanggan enterpris syarikat telekomuni­kasi itu.

Katanya, menerusi pelan itu, pelanggann­ya memiliki pilihan untuk memasang peranti Atilze Connected Car dalam kenderaan masing-masing dan pelbagai sambungan kereta pintar akan dapat diakses menerusi rangkaian 3G dan 4G LTE U Mobile.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia