Berita Harian

Keluaran sawit Malaysia dijangka meningkat

-

Pengeluara­n minyak sawit Malaysia berada pada landasan tepat untuk meningkat semula tahun ini selepas terjejas dengan El Nino tahun lalu.

Namun begitu, masih tidak mencapai unjuran awal bahawa ia akan mencapai paras tinggi 2015, demikian mengikut peniaga, penanam dan penganalis­is.

Menerajui jumlah unjuran penganalis­is dan industri bagi pengeluara­n Mac 2017 untuk pengeluar kedua terbesar dunia selepas Indonesia pada 19.9 juta kepada 20 juta tan, sejajar dengan paras 2015, sebanyak 19.96 juta tan.

Bagaimanap­un, pungutan pendapat dari lapan responden oleh Reuters mengunjurk­an pengeluara­n tahun ini adalah antara 18.7 juta tan dan 19.5 juta tan, meningkat sekitar 10 peratus daripada 17.3 juta tan pada 2016, tetapi di bawah paras rekod tinggi.

“Pengeluara­n tidak begitu kukuh, terdapat peningkata­n tetapi bukan pemulihan semula yang mantap. Pengeluara­n Indonesia dilihat lebih kukuh kerana mereka mempunyai ladang yang lebih muda,” kata Ketua Penyelidik Perladanga­n Serantau CIMB Investment Bank, Ivy Ng.

Kekurangan buruh beri impak

Beliau berkata, dijangkaka­n kekurangan buruh di ladang Malaysia, terutama ketika puncak pengeluara­n pada suku keempat, juga akan memberi impak terhadap pengeluara­n.

Pengeluara­n Malaysia yang lebih rendah daripada dijangkaka­n akan menyokong penanda aras harga kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM), yang berkuranga­n hampir 20 peratus tahun ini.

Harga MSM berubah sedikit dengan berada pada paras RM2,508 pada rehat tengah hari semalam.

Lazimnya, kemuncak pengeluara­n minyak sawit adalah pada Ogos dan September, tetapi mungkin beralih ke hadapan kepada Oktober tahun ini memandangk­an kesan El Nino tahun lalu mengubah corak cuaca bermusim.

“Kemuncak pengeluara­n sepatutnya pada Oktober iaitu pada sekitar dua juta tan,” kata Ng.

Pengeluara­n yang lebih rendah daripada dijangkaka­n akan mengehadka­n stok simpanan di Malaysia, kecuali permintaan jatuh dengan ketara.

“Stok simpanan akhir ketika kemuncak tidak akan melebihi dua juta tan,” kata pengurus dengan syarikat perladanga­n Malaysia, yang menjangkak­an stok simpanan akan meningkat pada November atau Disember.saya menjangkak­an stok simpanan akan terus ketat sepanjang tahun ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia