Berita Harian

Doctor2u masuk pasaran Filipina

Penyedia aplikasi kesihatan mudah alih perluas operasi ke luar negara bulan depan

- Oleh Nurhayati Abllah

Penyedia aplikasi kesihatan mudah alih, Doctor2u bakal memperluas­kan rangkaian operasinya ke luar negara bulan depan sebagai strategi mengukuhka­n lagi jenamanya di pasaran global.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Garvy Beh, berkata sebagai permulaan pihaknya akan memasuki pasaran Filipina bagi memperluas­kan lagi penggunaan aplikasi Doctor2u di negara berkenaan.

“Kami akan bekerjasam­a dengan sebuah syarikat insurans terbesar di Filipina, Maxicare yang mana memiliki kira-kira dua juta pemegang insurans.

“Malah, menerusi kerjasama itu kami berusaha untuk mencapai sasaran sehingga 100,000 pengguna aplikasi Doctor2u, pada akhir tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an Doctor2u dengan penyedia perkhidmat­an ambulans terkemuka, Falck First Ambulance Services Sdn Bhd, di Shah Alam, semalam.

Tawar kemudahan 20 ambulans

Menerusi kerjasama itu, Falck First Ambulance menawarkan kemudahan 20 ambulans untuk digunakan sekitar Lembah Klang dan Kota Kinabalu, sebelum akan diperluask­an ke Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Falck First Ambulance, Mark Harwood.

Beh berkata, Doctor2u adalah aplikasi mudah alih yang memerlukan perkhidmat­an penjagaan kesihatan terus kepada pengguna dengan hanya menekan ‘satu butang’.

“Doctor2u mengambil satu langkah ke hadapan untuk memodenkan industri kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia