Berita Harian

Rakyat AS tak sanggup bayar mahal produk buatan tempatan

Peruncit secara umum tidak letak harga lebih tinggi

-

kerana pengguna akan teragakaga­k untuk membeli,” kata Presidenny­a, Mark Traylor.

Hampir semua pengeluar AS berhadapan isu sama.

Pungutan suara Reuters/ipsos mendapati 70 peratus rakyat AS merasakan adalah ‘sangat penting’ atau ‘agak penting’ untuk membeli produk dibuat di AS.

Di sebalik sentimen itu, 37 peratus berkata mereka enggan membayar harga lebih tinggi bagi barangan yang dibuat di AS berbanding barangan diimport.

Seramai 26 peratus berkata mereka hanya membayar lima peratus lebih tinggi untuk membeli barangan AS, manakala 21 peratus meletakkan premium pada 10 peratus.

Presiden AS, Donald Trump memulakan perkhidmat­annya dengan janji untuk membawa semula pekerjaan dalam sektor pengeluara­n dan mengukuhka­n pertumbuha­n ekonomi.

Beliau juga mengkritik syarikat yang mengalihka­n pengeluara­n ke luar negara.

Trump juga bertindak pantas untuk mempromosi­kan barangan buatan AS dan awal minggu ini melancarka­n ‘Pameran Produk Buatan Amerika’ yang turut termasuk kereta sorong keluaran AMES.

Bayar harga lebih tinggi

Rakyat AS yang berpendapa­tan rendah adalah yang paling bersemanga­t untuk membeli barangan buatan tempatan, lapor pungutan suara itu, walaupun mereka paling kurang berkemampu­an untuk membayar harga lebih tinggi.

Malah, peruncit terbesar AS menyedari pembeli meletakkan keutamaan ke atas harga berbanding faktor lain.

Seorang jurucakap Walmart Stores Inc berkata, pelanggan memberitah­u mereka bahawa di mana produk dibuat adalah perkara kedua terpenting selepas harga.

Berita baik bagi kilang AS adalah rakyat negara itu menyukai kualiti barangan domestik.

Seramai 31 peratus dalam pungutan suara itu berkata kereta buatan AS adalah yang terbaik di dunia. Kereta Jerman diundi kedua terbaik seramai 23 peratus responden.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Pengeluara­n setiap enam saat adalah lebih mahal jika dikeluarka­n di AS berbanding luar negara.
[ FOTO AGENSI ] Pengeluara­n setiap enam saat adalah lebih mahal jika dikeluarka­n di AS berbanding luar negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia