Berita Harian

GM, Softbank sertai barisan pelabur Nauto

-

Detroit: General Motors Co (GM) dan Softbank Group Corp dari Jepun adalah antara pelabur terbaharu di dalam Nauto, sebuah syarikat permulaan Silicon Valley yang membangunk­an perisian bagi kenderaan pemanduan sendiri.

Nauto, berpusat di Palo Alto, berkata ia memuktamad­kan pusingan pembiayaan Siri B AS$159 juta (RM681.4 juta), diterajui oleh Soft bank dan firma pemodal teroka, Greylock Partners.

Pelabur terdahulu termasuk pengeluar kereta Jerman, BMW AG dan pengeluar kenderaan Jepun, Toyota Motor Corp, selain firma insurans Jerman, Allianz.

Tarik pelaburan

Nauto melakukan perkara di luar kebiasaan dalam menarik pelabu ran daripada pengeluar kenderaan gergasi dan juga fokusnya terhadap perisian serta data yang menelan kos lebih kecil untuk dibangunka­n berbanding peralatan atau keseluruha­n kenderaan.

“Manamana pengeluar (kenderaan) adalah lebih baik berbanding manamana syarikat permulaan untuk mengeluark­an kereta,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Ekseku tif syarikat yang berusia dua tahun itu, Stefan Heck.

“Sasaran kami menyediaka­n data, kepintaran dan platform awan kepada pengeluar kenderaan yang merancang memulakan penghasila­n kereta pemanduan sendiri atas jalan bermula 2020,” katanya.

Jumlah pelaburan GM di dalam Nauto tidak didedahkan. Pengeluar kenderaan berpusat di Detroit itu membeli syarikat permulaan Silicon Valley, Cruise Automation pada awal 2016 dalam satu urus niaga melebihi AS$500 juta (RM2.1 bilion).

Heck enggan memperinci­kan penilaian syarikat pasca pembiayaan. Beliau berkata ia menghampir­i AS$1 bilion, status ‘unicorn’ di Silicon Valley.

“Kami menghampir­i jumlah itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia