Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak jatuh Rabu selepas peningkata­n dalam inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS).

Dagangan hadapan penanda aras minyak mentah Brent berada pada AS$48.63 satu tong pada 0656 GMT, turun 21 sen, atau 0.4 peratus, daripada penutup sebelum ini.

Dagangan hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te (WTI), berada padat AS$46.20 satu tong, turun 20 sen, atau 0.4 peratus.

Sejak awal tahun, harga minyak mentah turun sekitar 15 peratus, menjadikan minyak antara komoditi yang mencatat prestasi terburuk pada 2017.

Simpanan minyak mentah AS menokok minggu lalu, menambah 1.6 juta tong dalam minggu berakhir 14 Julai kepada 497.2 juta tong, demikian menurut Institut Petroleum Amerika (API).

Di luar AS, bekalan daripada OPEC kekal tinggi, sebahagian besarnya disebabkan peningka tan pengeluara­n di Nigeria dan Libya, sungguhpun pertubuhan itu berikrar mengurangk­an pengeluara­n.

“Pengeluara­n di Libya dilaporkan pada atau melepasi satu juta tong sehari, manakala penghantar­an Ogos bagi Nigeria naik kepada lebih dua juta tong sehari,” kata BNP Paribas.

Sumber industri Arab Saudi berkata negara itu, yang adalah pengeluar terbesar OPEC, komited mengawal pasaran.

“Kami harap untuk menyelaras­kan kenaikan pengeluara­n dari Libya dan Nigeria dengan mengambil kira penyelaras­an bekalan lain. Kami harus bekerjasam­a dengan pengeluar lain dan dengan dua negara berkenaan,” kata sumber itu.

Nigeria dan Libya dikecualik­an daripada urus janji antara OPEC dan pengeluar lain, termasuk Russia, untuk mengurangk­an pengeluara­n kepada sekitar 1.8 juta tong sehari antara Januari 2017 hingga Mac 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia