Berita Harian

Bursa ditutup lebih tinggi

Didorong belian pada harga rendah kaunter saham mewah

-

Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi berikutan belian pada harga rendah di kaunter saham mewah dan kewangan, kata peniaga.

Maybank yang menyumbang 9.87 mata kepada barometer pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI, untung empat sen kepada RM9.64, CIMB, (5.56 mata kepada indeks) meningkat sembilan sen kepada RM6.42 dan Public Bank (7.67 mata kepada indeks) tidak berubah pada RM20.36.

Ketika ditutup semalam, FTSE Bursa Malaysia KLCI, yang dibuka lebih rendah akhirnya ditutup pada 1,757.27, naik 2.35 mata selepas bergerak antara 1,753.74 dan 1,760.82 sepanjang hari.

Indeks itu dibuka 1.18 mata lebih rendah kepada 1,753.74 pada 9 pagi berbanding 1,754.92 ketika ditutup pada Selasa.

Suasana pasaran meningkat dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 460 berbanding 391, dengan 387 kaunter tidak berubah, 565 tidak diniaga dan 21 lagi digantung.

Jumlah meningkat kepada 2.17 bilion saham bernilai RM2.29 berbanding 2.16 bilion saham bernilai RM2.22 bilion kelmarin.

Ketua Penyelidik­an Interpacif­ic Securities, Pong Teng Siew berkata, keyakinan pasaran meningkat secara perlahan-lahan selepas cuti panjang sambutan Aidilfitri.

“Pasaran secara umumnya lembap semasa cuti hari raya dan ia juga menerima kesan daripada tawaran awam awal Lotte Chemical Titan Holding Bhd, yang peniaga berpendapa­t pelabur institusi tidak begitu berminat membeli saham berkenaan.

“Pelabur tidak membabitka­n diri untuk sementara waktu. Bagaimanap­un keyakinan sudah kembali semula. Keadaan ini serta pasaran serantau yang positif membantu bursa tempatan untuk berprestas­i lebih baik,” katanya.

Antara kaunter berkaitan indeks, Genting menambah tujuh sen kepada RM5.82, IHH menokok empat sen kepada RM4.72 manakala Axiata dan Pchem meningkat tiga sen tiap satu masing-masing kepada RM4.68 dan RM6.94.

Dalam kalangan saham aktif, Ideal Jacobs naik setengah sen kepada 51.5 sen, Fpgroup dan Inari meningkat empat sen tiap satu masing-masing kepada 88.5 sen dan RM2.48 manakala Prestarian­g rugi 19 sen kepada RM2.19.

Indeks Emas FBM menambah 16.93 mata kepada 12,534.47, Indeks Syariah Emas FBM meningkat 18.31 mata kepada 12,728.35 dan Indeks FBMT 100 menokok 17.92 mata kepada 12,176.03. FBM 70 naik 28.15 mata kepada 14,946.86.

FBM Ace, bagaimanap­un jatuh 21.19 mata kepada 6,801.56. Dari segi sektor, Indeks Perindustr­ian meningkat 2.57 mata kepada 3,269.31, Indeks Perladanga­n naik 8.56 mata kepada 7,872.89 dan Indeks Kewangan menambah 37.60 mata kepada 16,696.56.

Jumlah dagangan Pasaran utama susut kepada 1.43 bilion saham bernilai RM2.13 bilion berbanding 1.51 bilion saham bernilai RM2.07 bilion pada Selasa.

Waran menokok kepada 211.54 juta unit bernilai RM17.26 juta berbanding 172.18 juta unit bernilai RM14.95 juta semalam.

Jumlah di Pasaran ACE meningkat kepada 522.91 juta saham bernilai RM137.89 juta berbanding 472.46 juta saham bernilai RM132.54 juta pada Selasa.

Produk pengguna menyumbang 51.8 juta saham diniaga di Pasaran Utama, produk perindustr­ian (246.84 juta), pembinaan (190.28 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (478.91 juta), teknologi (71.78 juta), infrastruk­tur (11.77 juta), SPAC (1.37 juta), kewangan (92.72 juta), hotel (6.86 juta), hartanah (247.65 juta), perladanga­n (23.74 juta), perlombong­an (4,230), REIT (7.17 juta) dan tertutup/dana (8,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia