Berita Harian

Pengukuhan yen pacu saham Asia

-

Jepun menokok semalam, menyaksika­n pembelian dalam saham terpilih yang mengimbang­i kebimbanga­n berhubung impak pengukuhan yen.

Saham Nikkei naik 0.1 peratus kepada 20,020.86 selepas jatuh ke wilayah negatif.

Di Hong Kong, harga saham menokok bagi tujuh sesi berturut-turut semalam, menyaksika­n kenaikan dalam sektor teknologi dan tenaga, mengimbang­i kejatuhan dalam saham kewangan.

Indeks Hang Seng ditutup 0.2 peratus, atau 54.36 mata lebih tinggi pada 26,524.94.

Kebanyakan saham Asia Tenggara ditutup lebih tinggi semalam, sejajar pasaran serantau, berikutan pelabur mencari petunjuk ekonomi daripada Amerika Syarikat khususnya pada prestasi pendapatan korporat yang akan diumumkan minggu depan.

Keyakinan kepada ekonomi China merangsang saham Asia dan pasaran komoditi, manakala dolar berlegar di atas sepuluh bulan terendah apabila pelabur menjangkak­an sebarang usaha mengetatka­n dasar monetari akan dilaksanak­an pada kadar perlahan.

“Pelabur meletakkan perhatian serius kepada pengumuman suku kedua minggu depan,” kata Penganalis­is Asiasec Equities Inc, Manny Cruz, di Manila.

Katanya, kedudukan pasaran yang lebih baik menunjukka­n pasaran saham serantau akan menyaksika­n musim pendapatan yang lebih baik.

Singapura mencatatka­n saham yang lebih tinggi ketika ditutup menghampir­i paras dua tahun.

Ia dipacu oleh saham berkaitan kewangan dan hartanah.

Filipina pula menyaksika­n paras tertinggi sejak 9 Jun dengan sektor hartanah dan telekomuni­kasi menerajui keuntungan.

 ??  ?? Seorang lelaki melihat papan saham elektronik firma sekuriti di Jepun.
Seorang lelaki melihat papan saham elektronik firma sekuriti di Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia