Berita Harian

ORANG MUDA

-

Rezeki kahwin usia muda

Mendirikan rumah tangga pada usia muda sememangny­a memiliki cabaran tersendiri.

Cabaran terbesar ialah mengukuhka­n kedudukan kewangan ketika isteri mahu melahirkan anak pertama.

Inilah yang dihadapi oleh Muhd Al Mubarak Bahauddin yang bernikah pada usia 20 tahun.

Bagaimanap­un, cabaran yang dihadapiny­a tidak membuat dirinya melatah. Dia mengharung­inya dengan tenang.

Semangatny­a untuk menjadi seorang usahawan berjaya tidak luntur walaupun pada masa sama memikul tanggung jawab sebagai suami.

Bermodalka­n RM500, Muhd Al Mubarak perlahanla­han menceburi perniagaan kasut terpakai sejak awal tahun ini dan kini bersyukur kerana mendapat sambutan memuaskan.

Tiada pengalaman bukan halangan

Membuka syarikat atas nama Kasut2u, pemuda ini mengakui dia tidak mempunyai pengalaman atau pengetahua­n mengenai selok belok perniagaan.

Namun dia yakin tiada apa yang mustahil untuk berjaya berjaya dalam perniagaan asalkan ada keyakinan dan semangat.

“Saya tidak memiliki apa-apa kelulusan selain

Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) semata-mata.

“Kemudian mengambil keputusan berkahwin pada usia baru 18 tahun, manakala isteri pula ketika itu masih belajar di Tingkatan Empat.

“Pada ketika itu, selepas berkahwin saya nekad untuk berniaga bagi menyara isteri, namun ditentang ibu bapa yang mahu saya saya bekerja makan gaji sahaja kerana bimbang menantu mereka tidak menerima nafkah sepatutnya.

“Mujurlah mereka kemudian memberikan sepenuh kepercayaa­n kerana saya benar-benar berusaha mahu menjadi seorang ketua keluarga yang mampu menyenangk­an isteri dan anak,” katanya.

Tak putus asa

Ditemui pada Jualan Gudang Kasut yang diadakan di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang, Muhd Al Mubarak menegaskan minatnya yang berkobar-kobar untuk berniaga mendorong dirinya mencuba juga mengusahak­an perniagaan kasut terpakai dan tidak menyangka ia mendapat permintaan tinggi.

“Isteri memberi sokongan penuh kepada saya kerana tahu dengan minat saya.

“Lagipun apa yang saya dilakukan ini adalah demi keselesaan isteri dan anak kami di masa hadapan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia