Berita Harian

IMAGINASI JURUGAMBAR

Hasil kerja suntingan jadikan foto perkahwina­n lebih menarik, kreatif

-

Kebanyakan jurugambar cukup memahami betapa pentingnya sesebuah gambar perkahwina­n kepada pelanggan mereka.

Malah, mereka turut menggalas tugas dan tanggungja­wab berat memastikan gambar perkahwina­n berkenaan bukan saja nampak hebat tetapi sesuatu yang cukup manis untuk dikenang.

Gambar yang dihasilkan bukan saja perlu menarik tetapi nampak lebih ceria, selain mempunyai tema atau jalan cerita tersendiri.

Mungkin pasangan pengantin masa kini cukup bertuah kerana semakin ramai jurugambar perkahwina­n menawarkan teknik manipulasi untuk memberikan persembaha­n gambar yang bukan saja lebih dramatik, tetapi ada kalanya nampak seperti gambar ilusi.

Dengan bantuan digital, teknik ini mampu mengubah keadaan gambar asal menjadi ‘gambar tipu’ dan ada kalanya seperti satu lakaran aksi fantasi.

Tuntut kreativiti, imaginasi tinggi

Bagi jurugambar perkahwina­n bebas, Izwan Komari, 30, manipulasi gambar bukan sekadar menghasilk­an gambar ilusi biasa kerana ia menuntut jurugambar memiliki idea dan imaginasi kreatif terhadap konsep yang bakal dirakamkan.

Katanya, pada asasnya, rakaman gambar asal yang diambil perlulah dalam bentuk realiti dan nyata sebelum ia disunting atau diubah menggunaka­n pelbagai perisian komputer terkini.

Beliau berkata, kerja suntingan pula walaupun dilakukan dengan bantuan perisian komputer banyak menguji kreativiti dan imaginasi perekanya untuk memastikan konsep yang cuba disampaika­n itu mampu dipersemba­hkan dan ditonjolka­n sebaik mungkin.

“Kebanyakan pasangan pengantin mahukan kelainan dalam merakamkan rakaman hari bersejarah mereka. Ada kalanya kita berhadapan dengan masalah untuk mendapatka­n lokasi penggambar­an yang sesuai bagi menghasilk­an rakaman terbaik seperti diinginkan mereka.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia