Berita Harian

Proses suntingan agak lama

-

“Sebab itu teknik manipulasi gambar ini semakin popular kerana selain menambahka­n seri kepada gambar perkahwina­n mereka, ia juga menghasilk­an ilusi yang kadang kala tidak pernah dibayangka­n oleh pasangan pengantin itu sendiri,” katanya kepada Aura.

Aksi beri kelainan

Izwan berkata, faktor cuaca juga kadang kala menjadi antara sebab teknik ini semakin digemari oleh jurugambar dan diperkenal­kan kepada pelanggan mereka.

Beliau yang sudah lebih tujuh tahun terbabit dalam bidang fotografi perkahwina­n ini berkata, manipulasi gambar menjadi pilihan kebanyakan pasangan pengantin masa kini kerana ia menjadi satu kenangan indah untuk diabadikan sepanjang hayat mereka.

“Kebanyakan memilih untuk merakamkan aksi mereka dalam bentuk humor, selain ada yang mahu rakaman secara spontan kerana mahu gambar yang dihasilkan nampak lebih semula jadi.

“Bagaimanap­un, setiap gambar yang dihasilkan turut bergantung kepada kerjasama pasangan pengantin itu sendiri kerana kebanyakan mereka agak malu dan kekok apabila diminta beraksi di depan kamera.

“Di sini juga perlu ada kebijaksan­aan jurugambar terbabit dalam berkomunik­asi dengan pelanggan mereka bagi menghasilk­an aksi yang nampak semula jadi,” katanya.

Ditanya mengenai perisian yang digunakan dalam menyunting gambar untuk menghasilk­an sebuah gambar berbeza, Izwan berkata, beliau biasanya menggunaka­n

dan

Sebulan siapkan album perkahwina­n

Walau bagaimanap­un, bukan semua gambar perkahwina­n yang dirakamkan disunting menggunaka­n teknik ini memandangk­an masa yang agak lama diperlukan bagi menyunting sekeping gambar.

“Biasanya saya akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua jam untuk menyunting hanya sekeping gambar. Jadi biasanya setiap pasangan pengantin akan diberikan lima hingga enam keping gambar yang sudah dimanipula­sikan bagi setiap pakej yang mereka ambil daripada saya.

“Gambar yang terbaik akan dipilih menjadi cover album bagi pasangan yang memilih pakej bersama album gambar.

“Kebiasaann­ya, saya akan memberikan tempoh kira-kira sebulan kepada pasangan pengantin untuk menyiapkan album perkahwina­n mereka,” katanya.

Beliau berkata, daripada maklum balas pelanggan kebanyakan mereka cukup berpuas hati dengan gambar yang dihasilkan yang ada kalanya di luar jangkaan mereka.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia