Berita Harian

Jurugambar luar negara jadi rujukan

-

dengan hanya membantu rakan dan bekerja sambilan sebagai jurugambar perkahwina­n, Izwan kini menjadikan bidang ini sebagai kerjaya utamanya.

Walaupun tidak pernah mendapat pendidikan secara khusus dalam bidang berkenaan kerana minat mendalam menjadikan beliau memilih kerjaya ini sebagai punca pendapatan utamanya.

“Malah, kebanyakan teknik fotografi semuanya saya belajar sendiri daripada internet termasuk teknik manipulasi gambar ini.

“Biasanya, saya menjadikan jurugambar perkahwina­n luar negara sebagai sumber rujukan dan menggabung­kannya dengan idea sendiri untuk menghasilk­an gambar yang bukan saja memuaskan untuk diri sendiri, tetapi juga kepada pelanggan.

“Jurugambar yang sering menjadi rujukan saya ialah dari Thailand kerana hasilnya yang cukup unik dan luar biasa,” katanya.

Berkongsi bidang sama

Izwan berkata, kerjayanya itu menjadi lebih mudah memandangk­an isterinya, Nurul Anis Shahida Abdul Aziz, 26, juga terbabit dalam bidang perkahwina­n dan menjadi jurusolek pengantin.

“Jadi, ia lebih mudah kerana kami saling memahami kerja masingmasi­ng, malah kadang kala mendapat pelanggan yang sama,” katanya.

Menariknya, Izwan berkata, beliau menyediaka­n pakej yang berpatutan kepada pasangan pengantin iaitu bermula dari RM750 kerana memahami keadaan kewangan pelanggan terutama mereka yang baharu memulakan kerjaya.

 ??  ?? Nurul Anis Shahida turut terbabit dalam bidang perkahwina­n sebagai jurusolek pengantin.
Nurul Anis Shahida turut terbabit dalam bidang perkahwina­n sebagai jurusolek pengantin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia