Berita Harian

Fokus tradigital

Rangkaian Radio Media Prima atur strategi, sasar liputan ke seluruh negara dalam 5 tahun

-

Evolusi teknologi dunia penyiaran radio memberi dimensi baharu kepada Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) untuk bergerak seiring dengan arus kemodenan.

Tidak meletakkan persaingan dalam bidang penyiaran radio sebagai fokus utama, sebaliknya, kepantasan masa menjadi tumpuan utama bagi menjadikan stesen radio di bawah RRMP kekal relevan.

Menggabung­kan radio tradisiona­l dan digital atau tradigital sebagai pemain utama dalam perkembang­an radio, terma berkenaan mampu meletakkan stesen radio kekal menjadi pilihan terutama dalam segmen pengiklana­n.

Bukan sekadar didengari, sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif RRMP, Seelan

Paul mahu menjadikan stesen radio Hot FM, KOOL FM, Fly FM dan One FM mampu ditonton dan didekati semua pendengar.

Jenama kekal relevan

“Sebagai penyampai radio, ini dunia evolusi buat mereka. Apa yang mereka lakukan dan dimuat naik ke laman sosial milik mereka, menarik perhatian pengikut. Setiap penyampai diwajibkan mempunyai media sosial untuk menjadikan jenama kami relevan kerana mereka membawa nama stesen.

“Setiap minggu penyampai kena buat video sebab orang suka tengok video.

Jadi, apa yang mereka muat naik ke laman sosial mereka, kita akan pilih dan letakkan ke laman sosial radio untuk menarik perhatian penonton.

“Kita sudah dua tahun memfokuska­n kepada tradigital untuk pengiklana­n. Setiap video yang dimuat naik adalah cara kita mengiklank­an jenama kita,” katanya.

Tambah Seelan, radio digital menerusi streaming yang mencecah sejuta pendengar untuk empat stesen radio di bawah RRMP dianggap suatu pendekatan yang baik untuk melangkaui jumlah pendengar terutama di lokasi yang tidak meliputi frekuensi.

Dramatik Kool jadi novel

Meletakkan pelawak sebagai penyampai yang menjadi aliran di semua stesen radio dianggap langkah untuk menarik perhatian, selain menceriaka­n hari pendengar.

“Apabila kami buat kajian, didapati ada orang yang mempunyai masalah dan secara kebetulan, yang boleh melakukan tugas itu adalah pelawak. Kami mencari individu yang boleh melawak dalam segmen pasaran Melayu pendengarn­ya sukakan hiburan.

“Untuk pengisian digital, kami memilih kandungan yang sesuai dengan digital dan orang hendak dengar. Kami masih lagi belajar dan dalam proses penambahba­ikan. Kami juga merancang menerbitka­n drama dalam segmen Dramatik Kool dalam bentuk novel,” katanya.

150,000 pendengar Ais Kacang sebulan

Masih mengekalka­n program yang mendapat perhatian pendengar seperti Panggilan Hangit, Sketcha dan Do Re Mi di Hot FM; Kelas Tambahan dan Jangan Cerita (Kool

FM) serta Fly Teka Bersama Guibooo (Fly FM), kewujudan aplikasi podcast, Ais Kacang yang sudah mencecah

150,000 unit pendengar sebulan, dianggap sebagai evolusi baharu digital radio.

Bukan sekadar merapatkan hubungan dengan pendengar, Seelan yang ditemui pada program #Flyhotkool­rayalombok bersama media di Lombok, Indonesia, baru-baru ini, memberitah­u, media juga memainkan peranan dalam membawa jenama di bawah RRMP terus unggul.

“Setiap tahun kami adakan program santai bersama media bagi merapatkan hubungan kami dengan media, selain berkongsi apa yang terbaru di RRMP.

“Ini juga peluang kepada penyampai kami mengenali media dengan lebih rapat. Apabila sampai di sini, kita tak fikir pasal kerja. Malah, dapat melakukan aktiviti bersama dan lari seketika daripada komitmen di pejabat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia