Berita Harian

Manfaat media sosial

-

hati melihat sambutan yang diberi terhadap Kool FM yang sudah meliputi lima negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Lembah Kelang, Pengurus Besar Kumpulan RRMP, Anida Mohd Tahrim, berkata pihaknya sudah memilih frekuensi untuk melebarkan sayapnya ke Kuching, Sarawak dalam tempoh enam bulan.

Mahu menguasai seluruh Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang, kekangan frekuensi menjadi penyebab stesen itu sukar beroperasi di negeri lain.

“Kami ada dapat permintaan di Johor, tetapi, frekuensi di sana sudah penuh dan sukar untuk kami tembusi. Kami sedang berusaha untuk menempatka­n stesen kami ke seluruh negara kelak.

Sejak ditubuhkan, Kool FM kini sudah mempunyai pengikut lebih 100,000 di laman sosial Instagram.

“Pelbagai pendekatan yang kami gunakan bagi mendekatka­n kami dengan pendengar termasuk menggunaka­n aplikasi Whatsapp bagi memudahkan pendengar berinterak­si dengan penyampai kami. Dengan menggunaka­n platform media sosial, adalah cara terbaik untuk menarik pendengar,” katanya.

Bukan mahu bersaing

Tambah Anida, kajian dua kali setahun dijalankan bagi melihat pola pendengar untuk memperting­katkan cara penyampaia­n dan kandungan di semua stesen di bawah RRMP. Ia juga dilakukan bagi mencari strategi baharu untuk pembaharua­n dan penambahan lagu.

“Kewujudan pelawak sebagai penyampai adalah dimensi pada mereka yang inginkan sesuatu yang kelakar.

“Setakat melawak saja Pengurus Besar Kumpulan RRMP

tidak cukup jika mereka tidak faham asas radio. Kemasukan Shuk dan Ajak bagi mewarnai lagi Hot FM, bukannya untuk bersaing dengan mana-mana radio.

“Selama 11 tahun ke udara, Hot FM terus menarik perhatian pendengar terutama golongan muda dengan membawakan lagu baharu serta kandungan yang segar dan relevan kepada pendengar,” katanya.

Pelbagai aktiviti diatur sepanjang tiga hari percutian di pulau yang dianggap sebagai Pulau Seribu Masjid itu.

Daripada aktiviti snorkeling di Gili Air sehingga berbasikal di Gili Trawangan dan menikmati makan malam di tepi pantai Senggigi ditemani cahaya bulan, merapatkan lagi hubungan antara penyampai yang turut serta iaitu AG, Ajak dan Guibooo dengan media.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia