Berita Harian

KALIS KRITIKAN

Raja Ilya ambil masa hampir setahun timbang tawaran dedah tubuh dalam filem aksi adiwira Hollywood

-

Seperti dijangka, saat pelakon jelita ini mengaku bakal tampil seksi dengan babak menggiurka­n dalam projek filem adiwira Hollywood, Raja Ilya dikecam netizen.

Dilempar pelbagai tuduhan termasuk membelakan­gkan agama, aktres berusia 32 tahun ini bagaimanap­un sedia dihentam dengan komen negatif biarpun mungkin boleh menjejaska­n reputasi diri.

Bagi Ilya, lumrah menjadi selebriti, setiap kali dihambat kontrovers­i, pasti ramai yang mahu menambah kehangatan­nya dengan komen pedas hingga ada kalanya, luah wanita tinggi lampai ini, mengguris perasaan.

Namun, mungkin ramai tidak tahu, Ilya mengambil masa hampir setahun untuk memikirkan impak yang bakal berlaku terhadap karier dan dirinya sebelum menerima tawaran produksi Hollywood itu.

Lebih penting, bintang filem Suamiku Encik Perfect 10 ini beroleh sokongan keluarga untuk mengembang­kan bakat di luar negara. Malah, Ilya berpegang kepada kepercayaa­n ibu bapa untuk membawa nama baik keluarga.

“Saya ambil masa hampir setahun untuk menyiapkan minda dan emosi berdepan dengan isu sensitif seperti ini. Saya sudah bersedia dengan apa saja kutukan dan kritikan yang akan saya terima. Semuanya saya ambil sebagai positif.

“Sebagai ibu bapa, mereka semestinya bangga dan menyokong peluang yang saya peroleh ini. Hakikatnya, sekarang bukan usia mereka untuk mengajar anak apa yang perlu dipakai.

“Malah, mereka tidak meletakkan garis panduan untuk saya bawa ke luar negara sebab ibu bapa percayakan saya.

“Saya ditugaskan syarikat produksi terbabit untuk membawa watak sedemikian Ini menjadi tanggungja­wab saya.

Bukan rezeki haram

“Ini dianggap rezeki walaupun memerlukan saya berpakaian seksi dan berlakon hingga dikecam, namun ia tidak bermakna rezeki yang saya dapat adalah haram.

“Bagi saya, rezeki itu halal asalkan dihasilkan melalui titik peluh sendiri daripada melakukan benda tak senonoh seperti mengambil duit haram. Jadi lebih baik kita buat benda yang kita suka dan dapat duit halal,” katanya kepada BH Plus.

Sehubungan itu, dalam berdepan reaksi penonton yang bakal melihat aksinya dalam filem adiwira itu,

Ilya meletakkan pemahaman penonton terhadap penceritaa­n sebagai benteng untuk dirinya tidak dijadikan topik perdebatan.

Tak lupa pegangan agama

Menganggap tawaran produksi Hollywood itu sebagai peluang keemasan melebarkan sayap ke luar negara, Ilya tetap berpegang kepada ajaran agama biarpun impiannya tinggi mencapai langit.

Tidak mahu menjadikan pegangan agama sebagai topik perdebatan dalam isu berkenaan, Ilya mengambil pendekatan tidak terlalu terbuka bercakap mengenai aksinya dalam filem yang dikatakan bakal diterbitka­n Marvel itu.

“Di Malaysia, sejak 1970, era 1990-an hinggalah sekarang, sudah ada filem yang menampilka­n watak seksi. Tetapi tidaklah timbul isu sensitivit­i mengenai pemakaian dan pembawaan watak yang agak agresif.

Saya ambil masa hampir setahun untuk menyiapkan minda dan emosi berdepan dengan isu sensitif seperti ini. Saya sudah bersedia dengan apa saja kutukan dan kritikan yang akan saya terima” Raja Ilya, Pelakon

“Semua itu sudah ada sejak zaman Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee lagi.

“Cuma sekarang, apabila rakyat Malaysia semakin maju, mereka berfikiran sebaliknya dan tak boleh lagi menerima perkara itu,” katanya.

Ilya berkata, realitinya, apa yang dipaparkan adalah lakonan dan hiburan semata-mata.

“Kami adalah penghibur dan tugas kami untuk menghiburk­an penonton. Jika mereka fikir penampilan saya tidak menghiburk­an, mungkin di persada luar dengan layar yang lebih besar, mereka boleh terima dengan penampilan saya yang tidak berhijab.

“Di Malaysia, mungkin orang akan menghukum pelakon yang tidak berhijab dengan watak seksi.

“Sebaliknya, kami dalam televisyen berbeza dengan penampilan di luar. Tak semestinya kami jahat dan seksi di televisyen

(TV), itulah karektor sebenar kami di luar.

“Semua itu hanyalah lakonan. Sebagai pelakon, kita tak boleh bagi netizen atau rakyat Malaysia faham. Ini kerana ia datang daripada dalam diri mereka sendiri,” katanya.

Mengulangi pendiriann­ya, Ilya berkata, sebagai orang Islam, dia tahu batas yang perlu dipatuhi sebagai Muslimah.

“Ada perkara yang memerlukan saya berkorban. Cuma jangan sentuh pasal agama.

“Saya perlu jelaskan kepada produksi bahawa diri ini separuh India dan Malaysia. Namun, mereka tahu, saya adalah seorang Muslim dari Malaysia,” katanya.

Walaupun sibuk mencari tapak di luar negara, Ilya tidak sesekali melupakan industri seni tempatan yang membawa namanya ke persada antarabang­sa.

Buktinya, Ilya akan muncul dengan dua filem, iaitu Luqman dan

KL Vampire yang sudah sekian lama dinantikan.

Ilya yang ditemui di kafe kedua miliknya, Richiamo Coffee by Raja Ilya di Universiti Islam Antarabang­sa (UIA), Gombak memberitah­u, dua lagi filem, akan dibintangi­nya termasuk dengan Skop Production, tahun ini. bertemu ejen dari Hollywood yang mencari pelakon filem aksi adiwira terbabit.

“Saya diminta bertemu dengan mereka di Jakarta. Selepas berbincang, saya terus ditawarkan untuk berlakon dalam filem Hollywood terbabit,” katanya.

Sebelum itu, Ilya menambah, dia merujuk kepada semua pelakon

Asia yang melebarkan sayap di Hollywood berhubung penguasaan bahasa Inggeris mereka.

“Saya beritahu mereka saya boleh berbahasa Inggeris ala Asia seperti Priyanka Chopra dan Deepika Padukone. Itu membuatkan mereka tertarik menawarkan peluang itu kepada saya kerana mahukan wajah Asia,” katanya.

Mengenai pembukaan kafe kedua Richiamo Coffee by Raja Ilya di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia (UUM), Ilya berkata, ada tiga cawangan lagi akan dibuka termasuk di Subang Skypark dan Genting Highlands.

Saya diminta bertemu dengan mereka di Jakarta. Selepas berbincang, saya terus ditawarkan untuk berlakon dalam filem Hollywood terbabit”

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE / BH ] ??
[ FOTO AZIAH AZMEE / BH ]
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Raja Ilya berjumpa dengan pelanggan di Richiamo Coffee By Raja Ilya di UIA Gombak.
Raja Ilya berjumpa dengan pelanggan di Richiamo Coffee By Raja Ilya di UIA Gombak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia