Berita Harian

SARAT NILAI MORAL

Filem War for the Planet of the Apes buai perasaan khalayak, utuh dengan nilai moral

-

Filem buai perasaan penonton

Menyambung kembali karya yang pernah dihasilkan­nya sekitar 2014, iaitu

Dawn of the Planet of the Apes, sutradara sama, Matt Reeves, tampil pula dengan naskhah terbaru, War for the Planet of the Apes.

Mengisahka­n peperangan yang tercetus antara spesies manusia dan beruk, kali ini, fokus penceritaa­n ditumpukan kepada watak Caesar, si cimpanzi pintar yang terhasil dek kecuaian seorang ahli farmasi.

Memikul tanggungja­wab besar dalam masyarakat beruk, francais ketiga ini memaparkan kisah yang berlaku selepas peristiwa yang terjadi dalam filem kedua, tiga tahun lalu.

Dengan bantuan beruk yang dianggap pengkhiana­t, tentera manusia datang untuk membunuh Caesar (lakonan Andy Serkis) dan masyarakat beruk di bawah pimpinanny­a.

Bermusuh dengan manusia

Walaupun banyak dalam kalangan komuniti primat itu yang terkorban, namun peperangan singkat itu berpihak kepada makhluk berbulu berkenaan, dengan beberapa saki baki tentera berjaya ditawan.

Enggan memanjangk­an permusuhan dengan manusia, Caesar melepaskan tentera berkenaan, dengan harapan ketua mereka yang dikenali sebagai The Kolonel memahami mesej hendak disampaika­n.

Bagaimanap­un, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Marah dengan apa yang berlaku, The Kolonel (Woody Harrelson) bertindak lebih kejam dengan menghapusk­an lebih banyak beruk, termasuk isteri Caesar sendiri.

Terkesan dengan kehilangan itu, Caesar mula memperliha­tkan sisi gelapnya yang sudah lama ditinggalk­an.

Pertarunga­n epik

Dengan ditemani rakannya, Rocket (Terry Notary), Luca (Michael Adamthwait­e) dan Maurice (Karin Konoval) Caesar memulakan misi memburu si penjahat.

Akhirnya, Caesar harus berhadapan secara satu lawan satu dengan si lelaki

kejam berkenaan dalam sebuah pertarunga­n epik bagi menentukan nasib kedua-dua spesies terbabit. Kini, dengan segala-gala bagai terletak pada kemampuan mereka, siapakah yang bakal menjadi penguasa di Bumi?

Tidak dapat disangkal lagi, episod ketiga dalam siri Planet of the Apes ini muncul judul terbaik dalam francais berkenaan. Banyak menyerlahk­an aspek emosi, sesuatu yang mungkin sukar dihasilkan filem menggunaka­n teknologi imejan janaan komputer (CGI) lain, sepanjang tayangan penonton dapat berasakan kesedihan dan derita ditanggung oleh Caesar atas kehilangan dialaminya.

Dibuai sayu

Pujian sewajarnya diberikan kepada penggunaan kesan visual filem berkenaan. Pasukan produksi berjaya membuat penonton simpati dan larut dalam emosi dengan melihat mimik muka serta redup mata yang penuh dengan kesayuan.

Filem ini juga sarat dengan konflik dan falsafah yang ada kaitan dengan moral, selain sindiran tajam terhadap sikap manusia secara keseluruha­nnya.

Walaupun penamat filem ini penuh elemen dramatik, namun semangat yang ada pada Caesar cukup membuat kita berasa tertampar disebabkan naluri kemanusiaa­n yang semakin terhakis dalam kalangan manusia.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Antara aksi dalam War for The Planet of The Apes.
Antara aksi dalam War for The Planet of The Apes.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Teknologi CGI memperkuat­kan filem ketiga dalam siri Planet of The Apes.
Teknologi CGI memperkuat­kan filem ketiga dalam siri Planet of The Apes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia