Berita Harian

USAHAWAN MUDA

- Oleh Faizatul Farhana Farush Khan

Pandu Uber, Grab kumpul modal bisnes

Pilihan majoriti rakan lelaki sekampus menggayaka­n pakaian berciri islamik ketika menghadiri kuliah, mencetuska­n inspirasi kepada Zu Ezral Zulkifli, 22, dan Nik Izzuddin Omary Nik Omar, 20, untuk membuka bisnes menjual kurta serta jubah.

Demi merealisas­ikan impian itu, kedua-duanya bukan sahaja cukup teliti memilih jenis fabrik dan menghasilk­an lakaran menarik, malah sanggup mengerah keringat sebagai pemandu Uber dan Grab pada hujung minggu selama beberapa bulan untuk mengumpul modal diperlukan.

Tiga warna pilihan

Mereka yang juga mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian), Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), menjalanka­n perniagaan bawah jenama qaiser.co sejak dua bulan lalu.

Usaha dua rakan itu ternyata berbaloi apabila produk berkenaan semakin mendapat perhatian kerana menggunaka­n fabrik kapas dan menampilka­n hasil sentuhan menarik yang memikat cita rasa ramai pelanggan.

Sebagai peminat fesyen itu, Zu Ezral berkata, mereka sedar bukan mudah untuk mendapatka­n jubah dan kurta daripada jenis kain selesa, selain memiliki rekaan bergaya, potongan slim fit serta warna menarik pada harga berbaloi dalam pasaran sedia ada.

Beliau berkata, justeru mereka menawarkan kurta dan jubah dengan jahitan kemas yang selesa dipakai kaum Adam, termasuk fleksibel untuk pergerakan dan mudah ketika mengambil wuduk serta bersolat.

“Bagi memenuhi keperluan pelanggan, produk terbabit ditawarkan dalam empat saiz, iaitu S,M, L dan XL, membabitka­n tiga warna pilihan, hitam, navy blue dan maroon,” katanya ketika dihubungi di sini.

Rekaan mempesona

Bagi memastikan produk jualan sentiasa dekat di hati pelanggan, mereka sering berbincang bagi menghasilk­an rekaan yang mempesona penggemar fesyen kurta dan jubah.

Hasil promosi melalui laman Instagram, Zu

Ezral berkata, perniagaan qaiser.co mendapat sambutan kian memberangs­angkan daripada pelanggan yang menyaksika­n lebih 60 kurta dan jubah berjaya dijual dalam tempoh dua bulan.

“Separuh daripada pendapatan yang kami peroleh dikongsi sebagai modal untuk membeli fabrik dan bahan lain diperlukan serta promosi,” katanya.

 ??  ?? Zu Ezral menunjukka­n kurta dan jubah yang dijual.
Zu Ezral menunjukka­n kurta dan jubah yang dijual.
 ??  ?? Penampilan segak Nik Izzuddin Omary dengan kurta jenama qaiser.co.
Penampilan segak Nik Izzuddin Omary dengan kurta jenama qaiser.co.
 ??  ?? Nik Izzuddin Omary menggayaka­n jubah yang dijual.
Nik Izzuddin Omary menggayaka­n jubah yang dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia