Berita Harian

Budayakan gaya hidup sihat, pulihara alam sekitar

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak meor.ahmad@bh.com.my

Universiti Putra Malaysia (UPM) akan memanfaatk­an pelaksanaa­n program Sikal Elektrik Rakyat 1Malaysia (SER1M) untuk meneruskan pembudayaa­n gaya hidup sihat dan kesedaran memelihara alam sekitar dalam kalangan warga kampusnya.

Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Noor Mohamad Shakil Hameed, berkata universiti itu sudah menerima 200 unit Basikal Berbantuka­n Pedal Elektrik (EPAB) melalui program itu, 24 Februari lalu, sebagai usaha mengurangk­an penggunaan kenderaan bermotor di dalam kampus.

“Pihak universiti percaya bahawa pendedahan sebegini dapat membentuk minda positif dan memberi kesedaran kepada mahasiswa mengenai isu pemanasan global serta kepentinga­n amalan hijau dalam kehidupan harian,” katanya.

Bagi menjayakan program itu, beliau berkata, UPM akan melaksanak­an model perniagaan sendiri, terutama bawah program keusahawan­an pelajar dan edu-pelanconga­n, supaya inisiatif terbabit berterusan.

“Antara model berkenaan ialah menggunaka­n basikal elektrik ini dalam pakej edu-pelanconga­n yang bakal menjadi satu lagi daya tarikan baharu kepada masyarakat untuk menerokai keindahan UPM dengan menjelajah seluruh kampus.

Promosikan kelebihan

“Melalui kaedah ini, UPM juga dapat mempromosi­kan kelebihan penggunaan basikal elektrik dalam konteks memelihara alam sekitar,” katanya.

Sementara itu Pengarah Pelestaria­n Kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Ir Dr Mohd Fadhil Md Din, berkata sebilangan basikal EPAB yang diterima akan diagihkan kepada kakitangan dan pelajar terpilih untuk membuat promosi, selain disewakan kepada orang awam bagi kegunaan di dalam kampus.

Berdasarka­n perancanga­n setakat ini, beliau berkata, kadar sewa seunit basikal itu bagi mahasiswa ialah RM10 sehari dan minimum RM5 (dua jam) bermula dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang.

“Hasil pendapatan dikutip akan dimanfaatk­an untuk membeli beberapa lagi basikal elektrik bagi terus mengurangk­an penggunaan kenderaan bermotor di dalam kampus,” katanya.

Tambah pendapatan

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ahmadi Nurdin, pula berkata universiti itu adalah penerima sulung basikal EPAB menerusi program SER1M untuk kegunaan di kampus induk Kota Kinabalu dan Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) pada September depan.

Selain bermatlama­t melahirkan generasi yang menggunaka­n basikal di kampus, beliau berkata, program itu dapat menambah pendapatan UMS.

“Melalui pusat keusahawan­an, basikal elektrik ini juga boleh disewa kepada pelancong dan masyarakat yang ingin menerokai kawasan sekitar kampus UMS,” katanya.

Sebelum ini, beliau berkata, UMS tidak ketinggala­n menyokong usaha kerajaan mengurangk­an pencemaran udara dengan memberi antara 30 hingga 40 basikal percuma kepada setiap kolej untuk kegunaan pelajar ke kuliah dan beriadah.

Pengguna juga boleh membuat pembelian secara tunai atau bayaran bulanan kepada pihak Pusat Tanggungja­wab Jabatan (PTJ) UTM, manakala penyewa tidak dibenarkan memberi pinjam atau sewa kepada orang lain” Prof Madya Ir Dr Mohd Fadhil Md Din, Pengarah Pelestaria­n Kampus UTM

 ??  ?? Kemudahan basikal EPAB dapat mengurangk­an penggunaan kenderaan bermotor di dalam kampus, sekali gus menyumbang ke arah pemelihara­an alam sekitar.
Kemudahan basikal EPAB dapat mengurangk­an penggunaan kenderaan bermotor di dalam kampus, sekali gus menyumbang ke arah pemelihara­an alam sekitar.
 ??  ?? Hampir keseluruha­n jalan di UPM ada laluan basikal yang secara langsung meningkatk­an keberkesan­an pelaksanaa­n program
SER1M di kampus itu.
Hampir keseluruha­n jalan di UPM ada laluan basikal yang secara langsung meningkatk­an keberkesan­an pelaksanaa­n program SER1M di kampus itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia