Berita Harian

Promosikan amalan teknologi hijau

-

Setiausaha Bahagian Kanan (Sektor Teknologi Hijau) KETTHA, Rogayah Kadari, berkata pelaksanaa­n itu bertujuan mempromosi­kan amalan teknologi hijau dalam kalangan generasi muda, terutama penuntut di menara gading.

Beliau berkata, penggunaan EPAB dijangka mampu mengurangk­an pelepasan karbon dioksida (CO2) sebanyak 12,500 tan setahun di setiap universiti terbabit, selain membantu mengurangk­an kesesakan lalu lintas di dalam kawasan kampus.

“Pelajar juga akan dapat mempelajar­i aspek teknikal dan model perniagaan yang dicadangka­n MGTC menerusi program itu.

“Universiti boleh melaksanak­an program keusahawan­an berdasarka­n model perniagaan sendiri. Basikal itu boleh dipajak, disewa beli atau dijual kepada pelajar mengikut kesesuaian pelan perniagaan masingmasi­ng,” katanya kepada BH Varsiti.

Patuhi standard

Rogayah berkata, MGTC menjadi agensi pelaksana program itu berdasarka­n pengalaman dalam inisiatif pembanguna­n kenderaan elektrik di Malaysia.

Beliau berkata, basikal digunakan pula mematuhi standard EPAB, MS2514 yang dibangunka­n SIRIM Berhad khusus untuk basikal elektrik, dan merupakan keluaran syarikat tempatan, Voltron Malaysia Sdn Bhd.

“Matlamat utama SER1M ialah memberi kesedaran amalan teknologi hijau dalam kalangan pelajar universiti. Program itu juga diadakan dalam usaha mewujudkan kampus eko melalui program mobiliti rendah karbon.

Kampus hijau

“Usaha ini juga dapat menjadikan setiap universiti terbabit pusat penyelidik­an dan kecemerlan­gan berasaskan teknologi hijau,” katanya.

Dalam konteks berkaitan, Rogayah berkata, KETTHA akan mengadakan kolaborasi dengan universiti untuk menjadi kampus hijau dengan mewujudkan laluan pejalan kaki, laluan basikal dan hari tanpa kenderaan.

“Tumpuan akan diberikan terhadap penyediaan laluan basikal bagi menyokong pembanguna­n mobiliti rendah karbon di kampus. Selain pembanguna­n mobiliti rendah karbon, inisiatif teknologi hijau yang lain akan turut dijalankan dengan pihak universiti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Basikal EPAB boleh dilipat yang memudahkan untuk disimpan dan dibawa di dalam kereta.
Basikal EPAB boleh dilipat yang memudahkan untuk disimpan dan dibawa di dalam kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia